Tuesday, February 25, 2014

Motivasi Kerja

‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada pula yang datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada juga yang datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, maka hasilnya adalah ‘biasa’ saja, dan sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...’


Jadi renungi lah :-
Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT
‘Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan  berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik’

Thursday, February 20, 2014

Hari Kraf Kebangsaan 2014


Orang ramai adalah dijemput untuk memeriahkan acara.
Banyak aktiviti yang akan dijalankan
Untuk Keterangan Lanjut sila layari www.kraftangan.gov.my 

Wednesday, February 05, 2014

Hijrah Cintaku

Malam itu lunak. Tanpa dikaburkan bait irama yang disangka nan indah. Diserakkan bersama rasa malu. Puncak akhlak itu kian tertinggi, antara dua keping jiwa. Berkorban rasa pinta direnyaikan. Bilakan saat terindah itukan terjaga. Teruskan terpelihara, lamanya hingga usai siap siagalah mereka. Dalam hati sang pendoa, sentiasa rasa terhibur. Pada resah yang bersinggah. Pada kelu sendu, direlungi titisan air matanya.
Tahajjud malam hari kan mendekatkan yang jauh. Yakin dan tulus. Semakin tunduk dan mendekatlah sayup doa yang sama. Meminta untuk dijauhi. Memohon agar hati tidak sesekali dicemari.
Mempercayai bisik harap. Sentiasa ia bersuara. Kerap dan sentiasa pinta dijauhkan. Sebelum waktunya. Sungguh, jiwa-jiwa yang mencintai keredhaan Tuhannya. Tidak sesekali inginkan kalimat indah. Terpacul penuh mudah. Tertulis penuh bait. Ia mahu untuk disimpan. Iakan mahu untuk dihijab. Iakan sentiasa gamang. Pada gerun takut pada zina. Bukankah terindahnya kerna menjauhi kotor dan keji? Dan sering hati dan segala anggota meneguk terus, ungkap-ungkap suci dan telus dari Tuhannya.
“Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.”  (Yusuf, 24)
seindahcintaislam demi cinta Allah
Seribu musim pun akan terus berlalu. Saat fikir tiada lagi akan sebuah penantian. Jauh dari dasar hati, mahu iakan muncul di akhirnya. Sungguh, tetapnya hati itu. Kerna tetapnya istikharah yang berdesir. Pada wajah yang tak pernah nampak, pada suara yang tak pernah tersurat.
Menjauhi corong emosi. Bergetar pada sebelahnya nafsu yang maha keji. Menyiratkan malu yang bertemu. Sujud terindah dan tertulislah kedekatan sebuah taqdir. Akan sebuah rindu terindah. Tersiksa kerna berusahanya dari sisi halal. Terperit kerana doanya tak pernah menipis. Tersedu sedan kerna memilih simpang yang sulit namun penuh tulus dengan bait keimanan haqiqi. Demi semata-mata meraih RedhaNya. Kerna rasa padaNya adalah yang utama dan pertama! Lantas, jalan itu dilalui.
Berusaha sentiasa perlu bermuhasabah. Usah sampai segalanya nampak putih dan gebu. Sedang syariat bersuara serak menafi rindu di qalbu. Memilih untuk mencintai. Umpama berkorban tanpa henti. Umpama menanti suatu yang pasti. Bukankah?
Malam akan sentiasa mendatang. Bingit menyiksa hingga kapan pun hilang bicara. Menulis rangkap bisa buat hati yang menanti. Bernafasnya DEMI dan HANYA Ilahi. Simpang kanannya bercahaya. Sulit. Pandanglah ke hadapan.
Kesulitan takkan pernah berubah pada namanya. Ia kan sentiasa bersifat sukar. Ianya berduri. Ianya perlu iman tebal di hati. Ianya perlu redha ayah dan ibu yang dicintai. Ia juga, sentiasa melukis pada sebuah kanvas hijrah. Kepada kebaikan. Kepada kesempurnaan.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang AKU, Maka (jawablah), bahwasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Baqarah, 186)

Thursday, January 30, 2014

Selamat Tahun Baru Cina 2014


Pihak pengurusan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2014 kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia yang menyambut perayaan ini khususnya dan kepada semua warga Malaysia amnya yang akan disambut pada 31 Januari 2014. Semoga sambutan tahun ini akan membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada anda semua termasuk keluarga dan seterusnya kepada negara.

Selamat Hari Wilayah

Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2014 kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia khususnya serta semua warga wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan amnya yang bakal disambut pada 1 Februari 2014. Pada kali ini pemilihan tema 'Wilayah Persekutuan Ceria' bagi tahun 2014 ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran kota yang lebih makmur, selesa, indah, selamat, kondusif, serta mengembangkan sumber masyarakat kota yang produktif untuk terus berkembang ke tahap yang maksimum.

Objektif sambutan Hari Wilayah Persekutuan adalah bagi mewujudkan warga kota yang harmoni, prihatin, maju, sejahtera, menyuburkan semangat muhibah serta integrasi pelbagai lapisan masyarakat di samping menghargai individu yang banyak memberi pelbagai bantuan dan sumbangan kepada Wilayah Persekutuan.

Wednesday, January 29, 2014

Bersabarlah Wahai Adik

altLangit tinggi yang tadinya cerah bertukar gelap. Sekelip mata sahaja. Sekumpulan awan tebal kelihatan berarak di atas bumbung-bumbung biru universiti. Mentari yang hampir berlabuh di ufuk barat sudah tidak kelihatan. Habis sinarnya dihalang awan hitam. Sejurus kemudian, ruang angkasa institut pengajian tinggi yang dikenali sebagai Taman Budi dan Ilmu itu bertambah gelap.
Ketika petang sudah hampir tiba di penghujungnya, kelihatan ada beberapa orang muslim dan muslimah sedang duduk-duduk di ruang solat. Ada juga yang sedang membaca al-Quran.
Masjid yang terletak di tengah-tengah institut ilmu itu memang bertuah. Sentiasa ‘imarah. Tidak pernah tidak ada jemaah. Rumah ibadah yang menjadi pusat pertemuan warga institut itu seringkali dikunjungi orang sekalipun penuntut-penuntutnya pulang ke tanah air masing-masing.
Perkongsian dalam pertemuan.
“Liz, ada musykilah?”
Liz mengangguk. Pelajar perempuan yang baru setahun jagung menjadi warga universiti itu tidak pernah segan mengaku ada masalah. Dia sangat terbuka. Tidak pernah berselindung.
“Masalah apa?” Saya bertanya dengan nada bersahaja. Mengajak dia untuk berkongsi.
“Kak, saya sedih. Saya sedih sebab setiap kali bersolat malam atau muhasabah, saya rasa susah nak menangis.” Pelajar perempuan itu mula menyatakan masalah jiwanya.
“Kadang-kadang tu, saya sampai dah tak tahu nak buat apa lagi supaya menangis.” Pelajar itu menyambung. Suaranya terketar-ketar.
“Ingatlah mati.” Saya mencelah perlahan.
“Sudah. Tapi, tetap tak mampu menangis. Pernah saya minta daripada Allah …” Bicaranya terhenti. Matanya mula berkaca-kaca. Dia diam. Menahan air mata daripada mengalir.
“Pernah saya berdoa, Ya Allah, kalau Engkau memang sudah tidak mengizinkan aku menjadi hamba yang baik, Engkau matikan sahaja aku.”
‘Astaghfirullah!’ Spontan saya beristighfar di dalam hati. Pelajar ini kelihatan seperti sudah tidak tahan memiliki hati yang sudah tidak mampu mengalirkan air mata keinsafan. Semoga Allah masih memegang hatinya.
“Apa gunanya hidup kalau diri tak menjadi hamba yang baik untuk Allah,” Pelajar itu menyambung dengan nada yang terputus-putus. Sejurus kemudian, mulutnya terpaku. Tiada lagi bunyi yang keluar dari peti suaranya. Lama dia membisu. Air mata mudanya kelihatan tumpah ke pipi.
Saya merenung ke permaidani merah yang menutupi lantai marmar masjid. Bermuhasabah sambil menyusun kata. Saya terus merenung, sedang adik perempuan tadi setia menunggu ungkapan saya.
Mohon diberi petanda arah menuju ke jalan keluar. Seketika kemudian, saya melihat wajahnya yang sayu. Matanya merah. Pipinya basah. Uraian air mata yang berterjunan di pipi diseka. Dia tunduk. Malu. Malu dengan diri sendiri.
“Liz, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Beruntunglah Liz kerana masih mampu menangis di sini, sekalipun tidak mampu menangis selepas solat.” Sengaja saya berkata sedemikian. Mahu menyedarkan dia bahawa dirinya masih mempunyai hati. Hati yang masih mampu menangis apabila disentuh.
“Duduk dan bermuhasabahlah lagi. Mungkin jiwa kita belum cukup ikhlas untuk memohon keampunan. Mungkin hati kita tidak benar-benar ikhlas memohon taubat. Siapa tahu, dalam kita bersabar meminta ampun dan taubat, Allah mengizinkan hati kita untuk menangis.” Saya memberi pandangan.
“Liz, Allah tidak mematikan Liz sekarang kerana Allah masih sayangkan Liz. Liz masih ada ruang. Liz masih ada peluang. Berdoa meminta agar dimatikan segera itu salah. Salah besar!” tegas saya.
Air matanya yang deras mengalir sebentar tadi berhenti. Terjaga dari lena sangkaan yang salah.
“Allah meminta kita berusaha, bukannya mengalah. Jangan meminta diri dimatikan hanya kerana tidak mampu menangis apabila mengenang dosa. Jangan meminta dimatikan sedangkan diri tidak dalam keimanan.”
“Rugi besarlah kita andainya di akhirat kelak, antara kita dengan syurga jaraknya tinggal sehasta, tapi takdir telah mendahului dan kita dicampakkan ke neraka. Kenapa?” Saya meninggalkan persoalan di hujung peringatan yang panjang-lebar. Semua mata yang hadir dalam pertemuan petang itu tertumpu ke arah saya.
“Sebab, kita tidak mengakhiri kehidupan dengan kebaikan. Sia-sia sahaja kita beramal sepanjang hidup, tapi di akhir kehidupan kita tidak berada dalam keimanan. Na’uzu billahi.”
Pelajar perempuan itu mengangguk-angguk. Dia kelihatan yakin untuk meneruskan kehidupan. Kini, dia sedar bahawa sangkaannya agar lebih baik mati adalah salah.
‘Ya Allah, ampunkanlah dosa adik ini. Ampunkanlah dosa semua manusia yang berada dalam pertemuan ini.’Saya berdoa di dalam hati, sendirian.
Allah, sungguh aku berpandangan bahawa mereka lebih baik daripadaku!
Semoga Allah menghimpunkan kami dalam rahmat dan berkat. Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda :
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia diperintahkan dengan empat kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.
Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka.
Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.” (HR al-Bukhari; 3036 dan Muslim; 2643)
Saya menulis babak muhasabah ini di sini dengan harapan yang sederhana. Sangat sederhana. Semoga kita lebih mengingati-Nya setelah banyak dosa yang kita lakukan.
Saya menulis babak muhasabah ini di sini bukan kerana sudah mampu mengingati-Nya dengan sempurna, tetapi kerana berharap agar catatan sederhana ini terhitung sebagai langkah untuk saya mendekati-Nya. Sungguh, saya sangat terkesan dengan luahannya.

Tuesday, January 28, 2014

SESI TEMUDUGA YANG BERLANGSUNG PADA 28 JANUARI 2014 DI KRAFTANGAN MALAYSIA

Kesinambungan daripada sesi temuduga yang di jalankan pada 24 dan 27 Januari 2014...Pada 28hb Januari 2014 pula telah berlangsungnya sesi temuduga bagi calon luar pula...

Di bawah adalah gambar-gambar Panel Penemuduga yang diketuai oleh Ybhg. Dato' Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan wakil dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta barisan urusetia dan juga gambar calon-calon yang layak di temuduga...









SEKITAR SESI TEMUDUGA YANG BERLANGSUNG DI KRAFTANGAN MALAYSIA TAHUN 2014

Pada 24 dan 27 Januari 2014 yang lalu, pihak pengurusan telah mengadakan sesi temuduga pengambilan anggota kerja Kraftangan Malaysia Calaon Dalaman bagi gred E41, E32, F29, E27, N27, B41 dan B271

Di bawah ini ade sedikit gambar sisipan sekitar sesi temuduga yang telah diadakan pada tarikh tersebut...


Thursday, January 23, 2014

Salam Takziah


Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Puan Rosmawati binti Zubir (anggota kerja KMCS) atas kembalinya ke rahmatullah suami tercinta, Allahyarham Basir bin Kassim, anggota kerja Institut Kraf Negara pada hari ini 23 Januari 2014 (pada jam 5.45 pagi). Doa kami semoga Allah S.W.T mengampunkan segala dosa-dosanya dan allahyarham ditempatkan di kalangan hamba Allah yang soleh, insya-Allah. Al-fatihah.



Monday, January 13, 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435H



Tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun 2014M yang jatuh pada 14 Januari 2014 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1435H ialah :

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia yang beragama Islam serta seluruh umat islam di dunia khasnya di Malaysia yang akan menyambutnya pada 14 Januari 2014. Pihak pengurusan mengucapkan selamat bercuti, berehat dan beramal.

Selawat Ke Atas Rasul

    Dirimu ku sanjung
    Sepanjang masa
    Engkaulah Muhammad
    Nabi junjungan

    Indahnya akhlakmu
    Tidak tergambar
    Engkaulah Muhammad
    Nabi terakhir

    Jasamu ku kenang
    Sunnahmu ku amal
    Walau ku tak pernah
    Menatap wajahmu

    Sakaratul maut
    Menimpa dirimu
    Namun kau bersabar
    Untuk hadapinya

    Pelbagai cabaran yang menimpa dirimu
    Namun engkau sabar untuk menempuhnya
    Engkau diseksa,dianiaya,disingkir dan dipulaukan
    Engkau mencari perlindungan
    Untuk pengikutmu yang ramai
    Betapa sucinya hatimu Muhammad
    Engkaulah nabi
    Engkaulah rasul

    Ya Muhammad Ya Rasulullah
    Ya Muhammad Ya Raisi Ummah
    Engkaulah nabi yang terakhir
    Engkaulah pesuruh Allah

    Ya Muhammad Ya Habibullah
    Ya Muhammad Ya Raisi Ummah
    Engkaulah rasul yang terakhir
    Engkaulah kekasih Allah

    Hukum Sambutan Maulidur Rasul

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
     
    Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya.
    Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
    Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.
    Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam ini telah dilakukan sejak 300tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Raja Al-Mudhaffar Abu Sa `id Kaukabri ibn Zainuddin Ali bin Baktakin (l. 549 H. w.630 H.),  penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang.
    Menurut Imam Al-Suyuthi tercatat sebagai raja pertama yang memperingati hari kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam ini dengan perayaan yang meriah luar biasa. Tidak kurang dari 300.000 dinar beliau keluarkan dengan ikhlas untuk bersedekah pada hari peringatan maulid Nabi atau juga disebut milad Nabi.
    Imam Al-Hafidz Ibnu Wajih menyusun kitab maulid yang berjudul “Al-Tanwir fi Maulidi al-Basyir al-Nadzir”. Konon kitab ini adalah kitab maulid pertama yang disusun oleh ulama.

    Pendapat Ulama dan Mengenai Perayaan Maulidur Rasul
    Undang-undang perayaan maulid telah menjadi topik perdebatan para ulama sejak lama dalam sejarah Islam, iaitu antara kalangan yang membenarkan dan yang melarangnya kerana dianggap bid’ah.
    Untuk lebih jelas mengenai duduk persoalan undang-undang maulid ini, ada baiknya kita mentelaah sejarah pemikiran Islam tentang peringatan maulid ini dari pendapat para ulama terdahulu. Tentu saja tulisan ini tidak mengandungi semua pendapat ulama Islam, tetapi cukup ulama dominan yang boleh dijadikan rujukan untuk membuat sebuah peta pemikiran.
    Di antara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;
    1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah’. Antara lain beliau menyatakan bahawa; “masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah  Shalallahu ‘alaihi wasalam. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya.”
    2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail’, menyatakan; “Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala.”
    3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa, “Dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi  Shalallahu ‘alaihi wasalam.”
    4. Al-Hafidz al-Iraqi dalam kitab Syarh Mawahib Ladunniyah mengatakan:Melakukan perayaan, memberi makan orang disunnahkan tiap waktu, apalagi kalau itu disertai dengan rasa gembira dan senang dengan kehadiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pada hari dan bulan itu. Tidaklah sesuatu yang bid’ah selalu makruh dan dilarang, banyak sekali bid’ah yang disunnahkan dan bahkan diwajibkan.”
    5. Ibnu Hajar al-Haithami berpendapat: “Bid’ah yang baik itu sunnah dilakukan, begitu juga memperingati hari maulid Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.”
    6. Imam Suyuti berkata“Menurut saya asal perayaan maulid Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam, iaitu manusia berkumpul, membaca al-Quran dan kisah-kisah teladan NabiShalallahu ‘alaihi wasalam sejak kelahirannya sampai perjalanan hidupnya. Kemudian dihidangkan makanan yang dinikmati bersama, setelah itu mereka pulang. Hanya itu yang dilakukan, tidak lebih. Semua itu tergolong bid’ah hasanah. Orang yang melakukannya diberi pahala kerana mengagungkan darjat Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam, menampakkan suka cita dan kegembiraan atas kelahiran Nabi Muhamad Shalallahu ‘alaihi wasalam yang mulia.”
    7. Syeh Azhar Husnain Muhammad Makhluf berkata: “Menghidupkan malam maulid nabi dan malam-malam bulan Rabiul Awal ini adalah dengan memperbanyak zikir kepada Allah, memperbanyak syukur dengan nikmat-nikmat yang diturunkan termasuk nikmat dilahirkannya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam di alam dunia ini. Memperingatinya sebaiknya dengan cara yang santun dan khusyuk’ dan menjauhi hal-hal yang dilarang agama seperti amalan-amalan bid’ah dan kemungkaran. Dan termasuk cara bersyukur adalah menyantuni orang-orang susah, menjalin silaturrahim. Cara itu walaupun tidak dilakukan pada zaman Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan tidak juga pada masa salaf terdahulu tetapi baik untuk dilakukan termasuk sunnah hasanah.”
    8. Pendapat Abu Shamah (guru Imam Nawawi) menyatakan: “Termasuk yang hal baru yang baik dilakukan pada zaman ini adalah apa yang dilakukan setiap tahun bertepatan pada hari kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dengan memberi sedekah dan kebaikan, menunjukkan rasa gembira dan bahagia, sesungguhnya itu semua ini yang membantu fakir miskin adalah tanda kecintaan kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan penghormatan kepada beliau, begitu juga merupakan bentuk syukur kepada Allah atas diutusnya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam kepada seluruh alam semesta.”

    9. Pendapat Ibnu Taymiyah


    Ibnu Taymiyah dalam kitab Iqtidla’-us-Syirat al-Mustaqim (2/83-85) mengatakan:“Rasululullah Shalallahu ‘alaihi wasalam telah melakukan kejadian-kejadian penting dalam sejarah beliau, seperti khutbah-khutbah dan perjanjian-perjanjian beliau pada hari Badar, Hunain, Khandaq, pembukaan Makkah, Hijrah, Masuk Madinah. Tidak seharusnya hari-hari itu dijadikan hari raya, kerana yang melakukan seperti itu adalah umat Nasrani atau Yahudi yang menjadikan semua kejadian Isa hari raya. Hari raya merupakan sebahagian dari syariat, apa yang disyariatkan itulah yang diikuti, kalau tidak maka telah membuat sesuatu yang baru dalam agama. Maka apa yang dilakukan orang memperingati maulid, antara mengikuti tradisi Nasrani yang memperingati kelahiran Isa, atau kerana cinta Rasulullah. Allah mungkin akan memberi pahala atas kecintaan dan ijtihad itu, tapi tidak atas bid’ah dengan menjadikan maulid nabi sebagai hari raya. Orang-orang salaf tidak melakukan itu padahal mereka lebih mencintai rasul.”
    Namun dalam bahagian lain di kitab tersebut, Ibnu Taymiyah menambah:  “Merayakan maulid dan menjadikannya sebagai kegiatan rutin dalam setahun yang telah dilakukan oleh orang-orang, akan mendapatkan pahala yang besar sebab tujuannya baik dan mengagungkan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam. Seperti yang telah saya jelaskan, kadang-kadang sesuatu itu baik bagi satu kalangan orang, padahal itu dianggap kurang baik oleh kalangan mu’min yang ketat. Suatu hari pernah ditanya kepada Imam Ahmad tentang tindakan salah seorang pegawai yang menyedekahkan wang 100 dinar untuk membuat mushaf Quran, beliau menjawab: “Biarkan saja, itu cara terbaik bagi dia untuk menyedekahkan emasnya”. Padahal mazhab Imam Ahmad mengatakan bahawa menghiasi Qur’an hukumnya makruh. Tujuan Imam Ahmad adalah bahawa pekerjaan itu ada maslahah dan ada mafsadahnya juga, maka dimakruhkan, akan tetapi apabila tidak dibenarkan, mereka itu akan membelanjakan wangnya untuk kerosakan, seperti membeli buku porno dan sebagainya.”
    Fahamilah dengan cerdas hakikat agama, lihatlah permasalahan dalam setiap pekerjaan dan kerosakannya, sehingga kamu mengetahui peringkat kebaikan dan keburukan, sehingga pada saat terdesak anda boleh memilih mana yang paling penting, inilah hakikat ilmu yang diajarkan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam. Membezakan jenis kebaikan, jenis keburukan dan jenis dalil itu lebih mudah. Sedangkan mengetahui peringkat kebaikan, peringkat keburukan dan peringkat dalil itu pekerjaan para ulama.

    Seterusnya Ibnu Taymiyah menjelaskan peringkat amal soleh  itu ada tiga.
    Pertama, Amal soleh yang masyru’ (diajarkan) dan di dalamnya tidak ada kemakruhan sedikitpun. Inilah sunnah murni dan hakiki yang wajib dipelajari dan diajarkan dan inilah amalan orang soleh terdahulu dari zaman muhajirin dan anshor dan pengikutnya.
    Kedua, Amal soleh dari satu sisi, atau sebahagian besar sisinya mengandungi amal soleh seperti tujuannya misalnya, atau mungkin amal itu mengandungi pekerjaan baik. Amalan-amalan ini banyak sekali ditemui pada orang-orang yang mengaku golongan agama dan ibadah dan dari orang-orang awam juga. Mereka itu lebih baik dari orang yang sama sekali tidak melakukan amal soleh, lebih baik juga daripada orang yang tidak beramal sama sekali dan lebih baik daripada orang yang amalannya dosa seperti kafir, dusta, khianat, dan bodoh.
    Orang yang beribadah dengan ibadah yang mengandungi larangan seperti berpuasa lebih sehari tanpa buka (wisal), meninggalkan kenikmatan tertentu (mubah yang tidak dilarang), atau menghidupkan malam tertentu yang tidak perlu dikhususkan seperti malam pertama bulan Rejab, kadang-kadang mereka itu lebih baik dari pada orang pengangguran yang malas beribadah dan melakukan ketaatan agama. Bahkan ramai orang yang membenci amalan-amalan seperti ini, ternyata mereka itu kedekut dalam melakukan ibadah, dalam mengamalkan ilmu, beramal soleh, tidak suka kepada amalan dan tidak simpati kepadanya, tetapi tidak juga menghantarkannya kepada kebaikan, misalnya menggunakan kemampuannya untuk kebaikan. Mereka ini tingkah lakunya meninggalkan hal yang masyru’(dianjurkan agama) dan yang tidak masyru’ (yang tidak dianjurkan agama), akan tetapi sebutan dan perkatannya menentang yang tidak masyru’.
    Ketiga, Amalan yang sama sekali tidak mengandungi kebaikan, kerana meninggalkan kebaikan atau mengandungi perkara yang dilarang agama. (Ini hukumnya jelas).

    10. Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitab Fatawa Kubro menjelaskan: “Asal melakukan maulid adalah bid’ah, tidak diriwayatkan dari ulama salaf dalam tiga abad pertama, akan tetapi di dalamnya terkandung kebaikan-kebaikan dan juga kesalahan-kesalahan. Sesiapa melakukan kebaikan di dalamnya dan menjauhi kesalahan-kesalahan, maka ia telah melakukan bid’ah yang baik (bid’ah hasanah). Saya telah melihat landasan yang kuat dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam datang ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, maka beliau bertanya kepada mereka, dan mereka menjawab: “Itu hari di mana Allah menenggelamkan Firaun, menyelamatkan Musa, kami berpuasa untuk mensyukuri itu semua. Dari situ dapat diambil kesimpulan bahawa boleh melakukan syukur pada hari tertentu di situ berlaku nikmat yang besar atau terjadi penyelamatan dari mara bahaya dan dilakukan itu tiap bertepatan pada hari itu. Syukur boleh dilakukan dengan pelbagai macam ibadah, seperti sujud, puasa, sedekah, membaca al-Quran dll. Apa nikmat yang paling besar selain kehadiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam di muka bumi ini. Maka sebaiknya merayakan maulid dengan melakukan syukur berupa membaca Qur’an, memberi makan fakir miskin, menceritakan keutamaan dan kebaikan Rauslullah yang boleh menggerakkan hati untuk berbuat baik dan amal soleh. Adapun yang dilakukan dengan mendengar muzik dan bermain alat muzik, maka hukumnya dikembalikan kepada hukum pekerjaan itu, kalau itu mubah maka hukumnya mubah, kalau itu haram maka hukumnya haram dan kalau itu kurang baik maka begitu seterusnya.”

    11. Seorang ulama Turkmenistan Mubasshir al-Thirazi mengatakan: “Mengadakan perayaan maulid Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam saat ini boleh jadi merupakan kewajipan yang perlu kita laksanakan, untuk mengatasi perayaan-perayaan kotor yang sekarang ini sangat banyak kita dapati di masyarakat.”

    Dalil-dalil yang membenarkan melakukan perayaan Maulid Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam:
    1. Anjuran bergembira atas rahmat dan kurnia Allah kepada kita. Allah SWT berfirman:

    قُلْ بِفَضْلِ اللّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُواْ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ

    “Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS.Yunus: 58).

    2. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam sendiri mensyukuri atas kelahirannya. Dalam sebuah Hadis dinyatakan:

     عَنْ أَبِيْ قَتَادَةَ الأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ الْإِثْنَيْنِ فَقَالَ فِيْهِ وُلِدْتُ وَفِيْهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ . رواه مسلم

    Dari Abi Qatadah al-Anshori RA sesungguhnya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalampernah ditanya mengenai puasa hari Isnin. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalammenjawab: “Pada hari itu aku dilahirkan dan wahyu diturunkan kepadaku.” (HR Muslim, Abud Daud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Ibnu Abi Syaibah dan Baghawi).

    3. Diriwayatkan dari Imam Bukhari bahawa Abu Lahab setiap hari Isnin diringankan seksanya dengan sebab memerdekakan budak Tsuwaybah sebagai ungkapan kegembiraannya atas kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam. Jika Abu Lahab yang bukan muslim dan al-Quran jelas mencelanya, diringankan seksanya lantaran ungkapan kegembiraan atas kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam, maka bagaimana dengan orang yang beragama Islam yang gembira dengan kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.

    Kesimpulan Hukum Meraikan Maulidur Rasul


    Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan daripada membiarkan hari-hari berlalu dengan kelekaan duniawi.
    Kita juga dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira masa dan di bulan manapun di sepanjang tahun. Dalam mengerjakan sesuatu amalan, kualiti ibadah juga perlulah diambil kira. Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat.
    Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam sendiri dalam sebuah haditsnya pernah bersabda.

    عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كان هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ.


    Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda : “Sesungguhnya setiap perbuatan (amal) bergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya.”

    Niat itu akan menggambarkan keikhlasan. Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan kepuasan yang seterusnya akan menghasilkan ketenangan dunia dan akhirat.
    Moga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadat agar mempunyai bekalan untuk dibawa ke perkampungan Akhirat kelak, InsyaAllah.

    والله أعلم بالصواب

    Wallahu A’lam bishowab
    (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

    Penafian

    Kraftangan Malaysia dan Bahagian Khidmat Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Maklumat yang terdapat di dalam blog ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi pengarang.