Thursday, November 29, 2012

Pertandingan Kuiz InfoHunt



Pusat Sumber KPKK akan menganjurkan Pertandingan Kuiz InfoHunt. Objektif pertandingan ini adalah untuk mendekatkan warga kementerian dengan perkhidmatan dan koleksi yang terdapat di Pusat Sumber KPKK. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warga Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah KPKK. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Disember 2012. Syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan boleh didapati melalui Portal Pusat Sumber
atau datang sendiri ke Kaunter Perkhidmatan Pusat Sumber KPKK di Putrajaya atau KOMSAS.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-8911 7882 (Putrajaya) atau 03-2612 7642 (KOMSAS). Semoga penyertaan tuan/puan dapat menggalakkan lagi kempen membaca di kalangan warga KPKK.

Menolak Keganasan Terhadap Wanita

  Having trouble viewing email ? view email in browser 
 






Connect with me


 
Hi Mazlan Bin Abdul Manan,
 
Menolak Keganasan Terhadap Wanita
Wanita memainkan peranan penting dalam membentuk generasi baru yang mampu menyumbang kepada negara.
 
Ahad lalu merupakan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Malaysia mempunyai rekod yang baik dalam menangani serta menjaga  hak setiap wanita. Bagaimanapun, masih banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk mencegah keganasan terhadap wanita.
 
Sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga merangkap sebagai Perdana Menteri, saya sangat mengambil berat mengenai masalah ini dan akan mengambil pelbagai langkah yang perlu agar keganasan terhadap golongan wanita ini ditolak sepenuhnya.

Usaha ini bagaimamanapun tidak mungkin boleh berjaya tanpa sebarang bantuan daripada anda semua.  Untuk itu, saya menyeru kepada anda supaya memastikan agar setiap wanita yang anda sayangi sentiasa dilindungi.
Terbitan Sebelum Ini
Sebelum ini, saya ada menulis mengenai keganasan terhadap wanita di blog saya di sini.

Perkembangan Terkini
Menghadiri Himpunan Wanita Muda Negara 2012 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad lalu
Pada 25 November lalu, saya menghadiri Himpunan Wanita Muda Negara 2012 di PWTC. Sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat saya amat mengambil berat mengenai setiap permasalahan dan keluhan mereka, sekali gus menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik untuk kaum wanita.
Rakaman Video
Menerima jersi baharu Harimau Malaya daripada Ketua Pasukan negara, Safiq Rahim ketika saya meninjau sesi latihan mereka di Wisma FAM pada 21 November lalu.]
Anda boleh menonton video tinjauan saya di Wisma FAM di sini:

Anda juga boleh menonton lain-lain video di rangkaian YouTube saya
Ikuti saya di Facebook  dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Najib Razak

Thursday, November 22, 2012

TAHNIAH KEPADA DATUK JOSEPH SALANG GANDUM, TIMBALAN MENTERI KPKK



Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato' Joseph Salang Anak Gandum yang telah dianugerahkan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) dan membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak pada 8 September 2012. Tahniah sekali lagi diucapkan.

PROMOSI KRAF MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2012


AFF Suzuki Cup 2012 ticket giveaway

Having trouble viewing email ? view email in browser 








Connect with me



#DemiHarimauMalaya, saya akan… 
 
Salam 1Malaysia!
 
Piala Suzuki AFF 2012, satu pertandingan dwitahunan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) kini menjelang! Selaku pemenang pada tahun 2010, Malaysia akan mempertahankan kejuaraannya bermula 25 November dalam peringkat kumpulan bertemu dengan Singapura, Laos dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil
 

 
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah bertemu dengan pemain negara dan memberi kata-kata semangat beliau kepada mereka. Kini giliran anda pula melakukan perkara sama!

Bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kita kepada skuad kebangsaan, anda sebagai penyokong Harimau Malaya dijemput untuk menghantar mesej pembakar semangat kepada pemain-pemain negara di Twitter. Mesej terpilih yang paling bersemangat dan kreatif akan memenangi tiket terhad untuk menyaksikan perlawanan ini. Mulakan mesej berkenaan dengan:
 
#DemiHarimauMalaya, saya akan ….”
Seorang daripada pemenang tiket bertuah setiap perlawanan juga berpeluang untuk memenangi jersi Harimau Malaya terbaharu!

Peraduan ini akan bermula pada pukul 8 malam, 21 November hingga 9 pagi, 30 November. Sebarkannya dan marilah kita sama-sama menyokong usaha pasukan kita untuk mencapai kemenangan!

Maklumat lanjut dan jadual perlawanan terdapat di sini: http://www.fam.org.my.
 

Wednesday, November 21, 2012

PROMOSI KRAF MALAYSIA DI PASAR RAYA 2012 ANJURAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN



Orang ramai di jemput hadir ke Promosi Kraf Malaysia anjuran Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan pada 21-25 November 2012 pukul 9.30 pagi hingga 10.30 malam bertempat di Pasar Raya Besar Giant Senawang, Seremban.

Tuesday, November 20, 2012

SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH KEPADA ANAK-ANAK ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN UPSR 2012



Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anak-anak anggota kerja Kraftangan Malaysia yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang telah diumumkan pada 19 November 2012 (Isnin). Syabas dah tahniah!

MAHA INTERNATIONAL 2012



Kraftangan Malaysia akan menyertai MAHA International 2012 anjuran Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia pada 23 November hingga 2 Disember 2012 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, Malaysia. Selain Pameran Inovasi,  Kraftangan Malaysia turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik serta jualan barangan kraf tempatan untuk memeriahkan lagi program ini. Semua dijemput hadir dan membeli barangan buatan kraf tempatan serta memeriahkan lagi MAHA International 2012 ini.   

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Melaka dilancar

 






Connect with me


 

 
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Melaka dilancar
Saya sangat gembira apabila mengumumkan mengenai perlancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang ketiga di Melaka baru-baru ini. Projek ini dilaksanakan dengan kos yang rendah kerana ia melibatkan pembangunan semula infrastruktur sedia ada kepada pusat. Dengan infrastruktur terbaru ini, beberapa kemudahan akan dipusatkan antaranya tempat penyediaan latihan berkemahiran tinggi dan tempat untuk membuat permohonan pinjaman daripada Agrobank, Tekun serta Amanah Ikhtiar selain perkhidmatan agensi kerajaan yang lain. Ia juga akan memberi kemudahan kepada para peniaga, nelayan serta petani untuk menghimpun serta menjual produk mereka. Dengan kejayaan ini, saya berharap lebih banyak lagi RTC dapat ditubuhkan di seluruh Malaysia di masa akan datang.
Terbitan Sebelum Ini
Meluangkan masa di Google Hangout sambil Suhaimi Sulaiman bertindak sebagai moderator.
Sebelum ini saya ada menulis satu artikel yang disiarkan di blog saya mengenai pengalaman baru saya berinteraksi dengan Rakyat menerusi kemudahan media sosial. Anda boleh membacanya di sini.

Perkembangan Terkini
Penyerahan topi keledar kepada pengguna baru motosikal.
Pada 11 November lalu, saya menghadiri majlis penutup Konvoi Kembara 1Malaysia Bike Week (1MBW) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Dalam kembara tersebut, seramai 438 motosikal berkuasa tinggi menyertai konvoi yang mengembara ke seluruh semenanjung sambil melakukan aktiviti kemasyarakatan di setiap persinggahan mereka.

Ketika minat terhadap motosikal menjadi semakin popular di kalangan rakyat, saya harap lebih banyak penunggang tidak kira yang muda atau tua supaya sama-sama membawa imej baik dengan terus bersedia untuk berkhidmat kepada negara.
Rakaman Video
Melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Melaka.
Anda boleh menonton video ucapan saya semasa melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Melaka di sini.


Anda juga boleh menonton lain-lain video di rangkaian YouTube saya
Ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Najib Razak

Friday, November 16, 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434H




Pihak pengurusan mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah 1434 pada 15 November 2012 bersamaan 1 Muharram 1434 untuk semua umat Islam. Semoga segala kebaikan dan keberkatan menyertai kita semua. InsyaAllah.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Mari kita semua menyambut dan faham tentang Pengertian Maal Hijrah.

Friday, November 09, 2012

Langkawi berada pada kedudukan 10 terbaik


Pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar dalam ekonomi negara dan sebab itulah kerajaan komited untuk sentiasa membangunkan industri itu tahun demi tahun. Ia bukan sahaja penting kerana memberi pendapatan kepada negara malah turut merupakan salah satu cara bagi mempromosi keunikan semangat 1Malaysia di peringkat global.

Menyedari kepentingan itu, sebab itulah kerajaan komited untuk terus berusaha bagi memajukan Langkawi dengan mensasarkan jumlah perbelanjaan pelancong di pulau itu sebanyak RM3.8 bilion menjelang 2015. Kerajaan Barisan Nasional telah menggariskan 14 inisiatif untuk tujuan itu agar hasrat untuk melihat kehadiran lebih ramai pelancong ke pulau pelancongan tersebut.
Imbasan
Majlis menandatangani perjanjian damai di antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)
Sebelum ini saya ada menulis artikel yang disiarkan di blog saya mengenai kejayaan kita menandingi ekstremisme di Filipina. Anda boleh membacanya di sini:

Perkara Baru
Tiba di Pantai Merdeka untuk melancarkan Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah
Pada 31 Oktober lalu, saya membuat lawatan ke Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai sambil menziarahi kira-kira 40,000 keluarga nelayan dengan mengadakan Tinjauan Mesra di sekitar kawasan  berkenaan serta melancarkan Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah. Ia merupakan satu pengalaman berguna buat saya apabila diberi peluang untuk bertemu dengan mereka yang bertanggungjawab memastikan bekalan makanan untuk kita semua terus mencukupi.
Video
Temubual saya bersama Melody FM


Saya juga gembira kerana diberi kesempatan untuk ditemubual pada program pagi stesen radio Melody FM yang dikenali sebagai ‘Melody FM Morning Boss’. Pada temubual itu saya memberitahu masyarakat Cina mengenai aspirasi serta usaha saya untuk memastikan sekolah aliran Cina terus berkembang maju. Anda boleh menyaksikan temubual itu di sini.


Anda juga boleh menonton video di rangkaian YouTube saya di sini

Ikuti saya di Facebook  dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Thursday, November 08, 2012

UJICUBA KE TALIAN 1MALAYSIA ONE CALL CENTRE (1MOCC) 03-8000 8000

Agensi Perintis

1.                    Jabatan Pendaftaran Negara
2.                    Jabatan Imigresen Malaysia
3.                    Jabatan Pengangkutan Jalan
4.                    Perbadanan Putrajaya
5.                    Jabatan Perdana Menteri
a.Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri
b. Jabatan Perkhidmatan Awam
c.Bahagian Sistem Maklumat Pengurusan Ketua Eksekutif, Pejabat
   Perdana Menteri
d.Unit Perancang Ekonomi
e.Unit Penyelarasan Pelaksanaan
f.Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan
g.Majlis Keselamatan Negara
h.Lembaga Penasihat
i.Biro Tatanegara
j.Biro Pengaduan Awam
k.Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
l.Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
m.Unit Kawal Selia Felda
n.Pejabat Seranta Felda
o.Bahagian Pengurusan Hartanah
p.Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran


Wednesday, November 07, 2012

SELAMAT HARI DEEPAVALI 2012



Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali 2012 kepada semua warganegara Malaysia umumnya dan kepada semua yang menyambut Hari Deepavali 2012 khususnya yang akan disambut pada 13 November 2012 (Selasa). Semoga semangat 1Malaysia terus dikekalkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

GANGGUAN SYSTEM ERROR BEBERAPA SUBMODUL HRMIS


Dimaklumkan bahawa aplikasi HRMIS sedang mengalami  gangguan system error di beberapa submodul HRMIS. pada 7  November 2012 (Rabu) / 9:30 pagi. Pihak JPA mengambil  maklum masalah ini dan sedang mengambil tindakan susulan dengan segera bagi mengatasi masalah ini.

Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut berlaku gangguan system error  pada beberapa submodul HRMIS semua warga Kraftangan Malaysia yang melakukan sebarang kerja/aktiviti yang melibatkan/memerlukan akses ke perkara berkenaan dilakukan sebelum atau selepas waktu yang dinyatakan di atas.

PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM 2012


Lembah Lenggong diiktiraf Tapak Warisan Dunia UNESCO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg Datuk/Dato’/tuan/puan,

Kejayaan Tapak Arkeologi Lembah Lenggong diiktiraf sebagai antara 953 Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 30 Jun 2012 yang lalu adalah satu lagi pencapaian membanggakan kepada negara setelah pengiktirafan sama diberikan kepada Taman Negara Mulu di Sarawak dan Taman Kinabalu di Sabah pada tahun 2000 serta Bandar Bersejarah Georgetown dan Melaka pada tahun 2008.

Pengiktirafan yang berkaitan dengan hasil penemuan beberapa artifak berusia lebih 11,000 tahun menerusi kerja-kerja eskavasi ahli arkeologi negara sejak 20 tahun lepas ini telah membuktikan wujudnya penempatan awal manusia pra-sejarah di Malaysia iaitu peradaban manusia tertua di luar Afrika apabila rangka manusia Perak Man dan bengkel pembuatan alat batu zaman Paleotik secara in-situ ditemui.

YBhg Profesor Emeritus Datin Paduka Zuraina Majid, Pesuruhjaya Warisan telah mengetuai delegasi bagi mewakili Malaysia ke mesyuarat World Heritage Committee sesi ke-36 yang diadakan di Saint Petersburg, Rusia. Hadir sama ialah Prof Dr A Ghafar Ahmad, Puan Maimunah Mohd Sharif, Encik Wilfred Landong dan Encik Syahrin Abdullah. Malaysia adalah antara 21 buah negara yang menggangotai World Heritage Committe.

Watikah pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia telah diserahkan oleh wakil UNESCO Dr Hubert J. Gijzen kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin semasa perasmian Hari UNESCO Malaysia pada 3 Nov 2012 yang lalu.  Watikah berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Lanjutan daripada itu, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Jabatan Warisan Negara serta Kerajaan Negeri Perak mengadakan satu majlis bagi meraikan kejayaan pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Warisan Dunia UNESCO pada Sabtu 10 Nov 2012 pukul 2.30 petang di Dataran Lenggong, Perak.

Majlis ini akan menyaksikan penyerahan Watikah Warisan Dunia UNESCO oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim kepada YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd. Kadir dan seterusnya melancarkan laman sesawang Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Laman sesawang Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, Tapak Warisan Dunia UNESCO di http://lenggong.heritage.gov.my mengandungi maklumat mengenai Tapak Warisan Dunia UNESCO ini dan akan menjadi sumber rujukan pelbagai pihak di samping dapat berkongsi pandangan dan pendapat serta maklum balas secara global.

Majlis meraikan pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia pada 10 Nov ini adalah antara usaha melaksanakan program kesedaran agar mesej yang berkaitan pemeliharaan khazanah warisan negara terutamanya Warisan Dunia akan terpelihara dan ia akan diadakan secara berterusan.

Penganjuran program sebegini dilihat boleh menjadi pemangkin serta nilai tambah terhadap industri pelancongan negara melalui makluman dan sebaran yang akan dibuat oleh pihak media.

KULIYAH FISSAMA

PROMOSI KRAF SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE 11 INSTITUT KRAF NEGARA (IKN)




Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Kraf sempena Konvokesyen ke 11 Institut Kraf Negara pada 8 hingga 11 November 2012 jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor. Pelbagai acara dan aktiviti turut diadakan untuk memeriahkan lagi promosi ini. Antaranya ialah Jualan Produk Kraf, Demonstrasi dan Interaktif Kraf, Pameran Produk Kraf Hasilan Pelajar, Pertandingan Wau, Persembahan Kesenian dan lain-lain lagi. Semua dijemput hadir untuk membeli barangan kraf buatan Malaysia dan memeriahkan lagi promosi dan Majlis Konvokesyen ini.

Penafian

Kraftangan Malaysia dan Bahagian Khidmat Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Maklumat yang terdapat di dalam blog ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi pengarang.