Wednesday, August 29, 2012

TEMA HARI KEMERDEKAAN 1970 - 2011


TEMA HARI KEMERDEKAAN 1970 - 2011




1970 :  Muhibah dan Perpaduan
1971 :  Masyarakat Progresif
1972 :  Masyarakat Adil
1973 :  Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 :  Sains dan Teknologi Alat Perpaduan

1975 :  Masyarakat Berdikari
1976 :  Ketahanan Rakyat
1977 :  Bersatu Maju
1978 :  Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 :  Bersatu Berdisiplin
1980 :  Berdisiplin Berbakti
1981:   Berdisiplin Berharmoni
1982 :  Berdisiplin Giat Maju
1983 :  Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 :  Amanah Asas Kejayaan
1985 :  Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 :  Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 :  Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 :  Bersatu
1989 :  Bersatu
1990 :  Berjaya
1991 :  Wawasan 2020
1992 :  Wawasan Asas Kemajuan
1993 :  Bersatu Menuju Wawasan
1994 :  Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 :  Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 :  Budaya Penentu Kecapaian
1997 :  Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 :  Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 :  Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 :  Keranamu Malaysia
2007 :  Malaysiaku Gemilang
2008 :  Perpaduan Teras Kejayaan
2009 : 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 :  1 Malaysia Menjana Transformasi
2011 :  1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Monday, August 27, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 55


BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55 PADA 31 OGOS 2012 INI KEPADA SEMUA WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA. SEMOGA KITA LEBIH MENGHAYATI DAN PERLU MENYINGKAP TIRAI SEJARAH PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN NEGARA YANG MENHARUNGI PELBAGAI RINTANGAN UNTUK MENCAPAI KEMERDEKAAN YANG KITA KECAPI HINGGA KE HARI INI.

Panduan Pengiraan Zakat Emas


Bertemu kita lagi di ruangan ini setelah seminggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dan semoga anda semua dalam lindungan Allah swt.

Kali ini saya akan membicarakan mengenai Zakat Emas yang dikenakan dalam dua keadaan iaitu:

1. Emas  Yang Dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikenakan zakat.Tetapi jika nilai emas berkenaan melebihi kadar "uruf" (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia wajib dikenakan zakat dengan kadar 2.5%  atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja (tidak termasuk nilai batu permata).

*Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah harga 150gm emas semasa.

Contoh: Jika seseorang mempunyai emas seberat 200gm, maka nilai yang wajib dizakat ialah:
200gm – 150gm (nilai uruf) 50gmRM 54.12 (nilai semasa per/gm)
= RM 2706 x 2.5% (kadar zakat) 
Maka zakatnya adalah RM 67.65   -
Taksir Emas Yang Dipakai disini

2. Emas Yang Tidak Dipakai



Emas yang tidak digunakan  atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut bersamaan atau melebihi 85gram (nisab), maka ia wajib dikenakan zakat sebanyak 2.5%
Contoh:  Nilai emas  = RM 5,000 x 2.5% maka zakatnya adalah RM 125   

Semoga kita berjumpa lagi dalam ruangan ini...

Friday, August 17, 2012

ADAP DAN SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI


Sempena menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berhempas pulas melawan kehendak nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Eidul Fitri. Di sini dicoretkan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.

1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya

Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :

a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar

(riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )

b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.

c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.

d. Sebahagian ulama’ menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.

2. Memakai sebaik-baik pakaian

Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.

3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya

a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan.

(riwayat imam Bukhari dan Ahmad)

b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami’ )

4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya

Ummu ‘Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim)

Setengan ulama’ mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.

5. Melaungkan takbir pada hari raya

Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya.

Riwayat Baihaqi dan al-hakim dalam sohih al-Jami’ )

6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya

Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami’ )

7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin

Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu.

Telah diriwayat oleh al-Muhamili dan selainnya dengan sanad yang sohih dalam Tamam al-Minnah )

Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amalan sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya.

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Kami warga kerja Unit Pengurusan Sumber Manusia mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua warga Kraftangan Malaysia, sekirannya ade kesilapan yang dilakukan dalam menjalankan tugas seharian harap dapat dimaafkan hendaknya...

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARI
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Tazkirah Akhir Ramadhan


Assalamualaikum dan Salam Akhir Ramadhan,

Kini sudah tiba masanya di akhir ramadhan, masa di mana para auliya’ dan solihin merasa begitu amat sedih dan hiba bagi meninggalkan bulan ramadhan. Bulan di mana rahmat dan maghfirah Tuhan begitu mencurah-curah dilimpahkan kepada para hambaNya. Bulan amalan kita digandakan dengan lipatan ganda, moga kita termasuk di dalam golongan yang berjaya. Amin. Ada beberapa perkara penting yang perlu kita berikan perhatian di akhir ramadhan ini.

Pertama, adakah kita sudah mencapai keampunan dari Allah SWT sepanjang bulan mulia ini? Ini kerana sebuah hadith Nabi SAW menyebut “ Aku didatangi oleh Malaikat Jibril dan ia berkata “Wahai Muhammad, barangsiapa yang mendapati ramadhan dan ia meninggalkannya tanpa memohon keampunan Allah (serta tidak memperolehinya) maka ia akan dimasukkan dalam api neraka serta Allah menjauhinya dari rahmatNya. Katakan ‘Amin’, Wahai Muhammad”. Maka kata Nabi SAW: Amin (Nabi turut mendoakan perkara tersebut)”. Inilah yang lebih utama kita risaukan daripada baju raya, kuih raya, kad raya, duit raya dan hantu raya. Sudahkah kita memohon keampunan Allah secara bersungguh-sungguh atau kita seolah-olah ‘sabotaj’ kepada Allah dengan buat ‘deekk’ atau ‘buat tak tahu’ sahaja di bulan ini. Sangat menyedihkan.

Kedua, di kala kita menyambut kehadiran syawal, janganlah berboros dan membazir di dalam menyambutnya. Sambutlah secara sederhana dan berhemah. Jangan begitu gembira seperti seolah-olah ‘‘banduan yang terlepas dari seksaan penjara @ cengkaman kezaliman ISA’’. Kita belum pasti mendapat kejayaan yang sebenarnya, apakah dosa kita terampun, apakah darjat kita ditingkatkan atau bagaimana dengan penghayatan kita terhadapa sistem pendidikan Universiti Ramadhan yang menjadikan Taqwa sebagai fokus pendidikannya.

Ketiga, bagaimanakah pula keadaan kita setelah Aidul Fitri ini? Apakah surau dan masjid akan kita hadiri lagi? Adakah Al-Quran akan kita tatapi lagi? Adakah solat-solat sunat akan kita kerjakan lagi? Ingatlah kata-kata Ulama’ terkenal, Dr. Yusuf Al Qaradhawi “ Sesiapa yang menyembah Ramadhan, maka ingatlah bahawa Ramadhan akan berlalu. Tetapi, siapa yang menyembah Allah, maka Ia Maha Kekal Hidup dan tidak akan mati”. Ayuh sahabat para pengunjung laman ku ini, kita bermuhasabah apakah kita penyembah Ramadhan atau kita Penyembah Allah yang Maha Kekal????.

Wednesday, August 15, 2012

MUHASABAH KAN DIRI KITA...


Apa bila melihat satu hadis Nabi SAW ini saya semakin sayu dan takut. Andai sekiranya segala amalan berpuasa kita tidak di makbulkan Allah. Dan yang paling malang sekali apabila kita di cop oleh Allah S.W.T sebagai orang yang celaka. Cuba perhatikan betul-betul bait sabdaan Nabi S.A.W ini:

لَمَّا بَنَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمِنْبَرَ جَعَلَ لَهُ ثَلَاثَ عَتَبَاتٍ، فَلَمَّا صَعِدَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعَتَبَةَ الْأُولَى، قَالَ: " آمِينَ "، ثُمَّ صَعِدَ الْعَتَبَةَ الثَّانِيَةَ، فَقَالَ: " آمِينَ "، حَتَّى إِذَا صَعِدَ الْعَتَبَةَ الثَّالِثَةَ، قَالَ: " آمِينَ " فَقَالَ الْمُسْلِمُونَ: يَا رَسُولَ اللهِ رَأَيْنَاكَ تَقُولُ آمِينَ آمِينَ آمِينَ وَلَا نَرَى أَحَدًا، فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ صَعِدَ قَبْلِي الْعَتَبَةَ الْأُولَى، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، فقُلْتُ: لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ ، فقَالَ: مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَأَبْعَدَهُ اللهُ، قُلْ: آمِينَ، فَقُلْتُ: آمِينَ، فَلَمَّا صَعِدَ الْعَتَبَةَ الثَّانِيَةَ، قَالَ: يَا مُحَمَّدُ، قُلْتُ: لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، قَالَ: مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَصَامَ نَهَارَهُ، وَقَامَ لَيْلَهُ ثُمَّ مَاتَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ، فَأَبْعَدَهُ اللهُ، قُلْ: آمِينَ، قُلْتُ: أَمِينَ، فَلَمَّا صَعِدَ الْعَتَبَةَ الثَّالِثَةَ، قَالَ: يَا مُحَمَّدُ، قُلْتُ: لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، قَالَ: مَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَمَاتَ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ، فَأَبْعَدَهُ اللهُ، قُلْ: آمِينَ، فَقُلْتُ: آمِينَ
(Hadis imam Bukhori dalam kitabnya adab mufrad dari Jabir bin Abdillah) 
"Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian pada langkah pertama mengatakan : "amien", pada langkah kedua mengatakan :"amien" sampai pada langkah ketiga mengatakan : "amien".Para sahabat bertanya."Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, sedangkan kami tidak melihat seorangpun wahai Rasulullah?" Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:"Telah datang malaikat Jibril yang naik mimbar didepanku dan berkata : wahai muhammad. aku berkata : labbaika wasa'daik. dan ia berkata : Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin! maka kukatakan, ‘Amin’ ".Kemudian pada langkah kedua Jibril berkata lagi. Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan, puasa pada siangnya dan sholat pada malamnya kemudian meninggal tidak diampuni dosanya dan masuk neraka dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.Kemudian pada langkah ketiga Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’." (HR Bukhori)

Tuesday, August 14, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012


Bahagian Khidmat Pengurusan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Kraftangan Malaysia...

Di kesempatan ini, kami warga Bahagian Khidmat Pengurusan ingin memohon jutaan ampun dan maaf seandaianya ada silap dan salah dalam menjalankan tugas seharian...

Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.

MAAF ZAHIR DAN BATIN...

TIP-TIP DI AKHIR RAMADHAN

RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt. 
Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.
  • Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan-Nya. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun
  • Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesalilah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya
  • Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajabnya doa
  • Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh
Sama-samalah kita istiqamah melakukan ibadah kepada Allah dan gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN & TAHLIL SERTA CERAMAH AGAMA BULAN RAMADHAN 1433H/2012M


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 
  
Makluman kepada semua warga Kraftangan Malaysia

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN & TAHLIL SERTA CERAMAH AGAMA BULAN RAMADHAN 1433H/2012M 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kraftangan Malaysia akan mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil serta Ceramah Agama Bulan Ramadhan 1433H/2012M seperti mana berikut : 

         i ) Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil 

           Tarikh           :   15 Ogos 2012 (Rabu)  

           Masa             :   8.00 pagi hingga 9.00 pagi

 
         ii) Program Ceramah Agama Bulan Ramadhan 1433H/2012M 

           Masa              :  9.00 pagi hingga 10.30 pagi 

           Penceramah 
           Jemputan       :   Sohibul Fadhilah Tuan Hj. Nor Azamir bin 

                                      Hj. Alias      
                                      Timbalan Mufti Negeri Sembilan
  
           Tempat          :  Dewan Seri Utama   
                                     Bangunan Seri Utama 
                                     Kompleks Kraf Kuala Lumpur 


3.    Sehubungan itu, semua pegawai dan anggota kerja adalah dijemput hadir dan kehadiran tuan/puan dalam menjayakan majlis ini sangatlah dialu-alukan dan dihargai. 

Sekian, terima kasih

Monday, August 13, 2012

PENGIRAAN ZAKAT WANG SIMPANAN



Assalaamualaikum, 

Bertemu kita sekali lagi di ruangan ini dan semoga anda semua berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

Entry kali ini mari kita cuba memahami secara ringkas bagaimana caranya untuk mengira zakat wang simpanan. Sekiranya kita ada menyimpan wang kita di institusi kewangan maka perlulah melihat baki yang terendah dalam buku akaun kita. Andainya wang simpanan kita itu menyamai atau melebihi kadar nisab (anggaran RM10300) maka wang simpanan itu sudah pastinya kena zakat setelah cukup setahun. (haul)

Baki terendah wang simpanan sekiranya melebihi nisab*  X 2.5% (kadar zakat).

*Nisab ialah nilai semasa emas 85 gram emas (anggaran RM10300)
Contoh : RM15,000 (baki terendah wang simpanan) X 2.5% = RM375 zakat perlu dibayar. 

Berjumpa lagi kita dalam entry yang akan datang, semoga maklumat dalam entry pada kali ini berguna untuk panduan kita...

TAWARAN ISTIMEWA


Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.

Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.

Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka. Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada kedegilan dan kesombongan yang membinasakan itu.

MY INTEGRITI BIL. 6/2012


Friday, August 10, 2012

MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

Sesungguhnya keutamaan pencarian malam lailatul qadar sangat besar di kalangan orang mukmin yang berpuasa, kerana malam ini menyaksikan turunnya Al-Qur’an Al-Karim, yang membawa pertunjuk  dan bimbingan ke jalan keredhaan Allah. Umat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya akan bangun mendapatkan malam yang sangat hebat ganjarannya di sisi Allah,……bangunlah di malam hari dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah….

Al-Quran dan hadis-hadis nabawi sahih menjelaskan tentang malam tersebut, antaranya :
1.    Keutamaan Malam Lailatul Qadar
Ketahuilah, mulianya kedudukan malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman.

“Ertinya : Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala urusan, sejahteralah malam itu hingga terbit fajar” [Al-Qadar : 1-5]
Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.
“Ertinya : Sesungguhnya  Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui” [Ad-Dukhan : 3-6]

2.    Waktunya
Diriwayatkan dari bahwa malam tersebut terjadi pada tanggal malam 21,23,25,27,29 dan akhir malam bulan Ramadhan.

Imam Syafi’i berkata : “Menurut pemahamanku, wallahu ‘alam, Nabi s.a.w menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada baginda : “Adakah kami mencarinya di malam ini?”, baginda menjawab : “Carilah di malam tersebut” [Sebagaimana dinukil Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/386]
Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadar itu ialah pada malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadis Aisyah r.a, dia berkata Rasulullah s.a.w beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan baginda bersabda:
“Ertinya : Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan”  [Hadis Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169]
Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terlepas dari tujuh hari terakhir, kerana riwayat dari Ibnu Umar, (dia berkata) : Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ertinya : Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terlepas tujuh hari bakinya”  [Hadits Riwayat Bukhari 4/221 dan Muslim 1165]
Dari Ubadah bin Shamit r.a, berkata : Rasulullah s.a.w keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat sedang berdebat, baginda bersabda:
“Ertinya : Aku keluar untuk memberitahu kalian tentang malam Lailatul Qadar, tapi ada dua orang berdebat hingga tidak boleh lagi diketahui bila masanya, mungkin ini lebih baik bagi kalian, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain : tujuh, sembilan dan lima)” [Hadits Riwayat Bukhari 4/232].
Sebagai kesimpulannya, jika seseorang ingin mencari malam lailatul Qadar carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir : malam 21, 23,25,27 dan 29. Kalau tidak mampu mencari pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir iaitu malam 25,27 dan 29. Wallahu ‘alam

3.    Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar?
Sesungguhnya malam yang diberkati ini, sesiapa berusaha mendapatkannya Insya Allah, dengan izinNya, asalkan bersemangat berbuat ketaatan beribadah kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala-Nya yang besar, jika berbuat demikian maka akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu, Insya Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ertinya : Barang siapa berdiri (solatt) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”  [Hadits Riwayat Bukhari 4/217 dan Muslim 759]
Disunnahkan memperbanyakkan doa pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari Aisyah r.a berkata : “Aku bertanya, “Ya Rasulullah ! Apa pendapatmu jika aku tahu bila malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan ?” Beliau menjawab, “Ucapkanlah :
“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul afwa fa’fu’annii”
“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku”
Semoga Allah sentiasa memberkati kita, bangunlah pada sepuluh malam terakhir, menghidupkannya dengan ibadah seperti solat tahajjud, solat hajat, solat tasbih, berzikir dan mengaji AlQuran.
Dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha.
“Ertinya : Adalah Rasulullah s.a.w, apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengetatkan kainnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya” [Hadits Riwayat Bukhari 4/233 dan Muslim 1174]
Juga dari Aisyah, katanya :
“Ertinya : Adalah Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya” [Hadits Riwayat Muslim 1174]

4.    Tanda-Tanda malam lailatul qadar
Dari ‘Ubay r.a , ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ertinya : Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi” [Hadits Riwayat Muslim 762]
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah s.a.w beliau bersabda.
“Ertinya : Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah”
Dan dari Ibnu Abbas r.a, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda;
“Ertinya : Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya lemah kemerah-merahan” [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]

Wallahu a’lam

Thursday, August 09, 2012

SEKITAR SESI TEMUDUGA YANG BERLANGSUNG DI KRAFTANGAN MALAYSIA

Pada 06 hinga 07 ogos 2012 yang lalu, pihak pengurusan telah mengadakan sesi temuduga pengambilan anggota kerja Kraftangan malaysia bagi gred E27, N27, B27 dan R3....

Di bawah ini ade sedikit gambar sisipan sekitar sesi temuduga yang telah diadakan pada tarikh tersebut...




MAJLIS BACAAN SURAH YASIN & TAHLIL SERTA CERAMAH AGAMA BULAN RAMADHAN 1433H/2012M



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 
 
Makluman kepada semua warga Kraftangan Malaysia

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN & TAHLIL SERTA CERAMAH AGAMA BULAN RAMADHAN 1433H/2012M 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kraftangan Malaysia akan mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil serta Ceramah Agama Bulan Ramadhan 1433H/2012M seperti mana berikut : 

         i ) Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil 

           Tarikh           :   10 Ogos 2012 (Jumaat) 

           Masa            :   8.00 pagi hingga 9.00 pagi

 
         ii) Program Ceramah Agama Bulan Ramadhan 1433H/2012M 

            Masa            :  9.00 pagi hingga 10.30 pagi 

           Penceramah 
           Jemputan      :   Y.Bhg. Ustaz Muhd Redza bin Ahmad
                                    Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
  
           Tempat          :   Dewan Seri Utama   
                                    Bangunan Seri Utama 
                                    Kompleks Kraf Kuala Lumpur

3.    Sehubungan itu, semua pegawai dan anggota kerja adalah dijemput hadir dan kehadiran tuan/puan dalam menjayakan majlis ini sangatlah dialu-alukan dan dihargai.

6 PERKARA YANG ALLAH S.W.T SEMBUNYIKAN



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka All ah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan set engahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Wednesday, August 08, 2012

PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Assalamualaikum,
Seperti yang telah saya janjikan, minggu ini saya akan menerangkan bagaimana kita hendak pastikan sama ada kita layak atau tidak membayar zakat pendapatan. Mari kta sama-sama buat pengiraaan sebagai contoh:

Pengiraan Zakat Pendapatan


Cara 1 (Contoh)
Jumlah pendapatan kasar setahun (kerana lebih nisab) x 2.5%
Contoh : RM 48,000 x 2.5% = RM 1,200

RM1,200
Cara 2 (Contoh)
A. PENDAPATAN dari semua sumber seperti elaun, bonus dan dividen yang diterima (setahun)
RM 48,000
B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)
Diri
RM9,000
Isteri
RM3,000
Anak (Contoh : 3 orang x RM1,000)
RM3,000
Pemberian kepada ibubapa(Contoh : RM200 x 12 bulan)
RM2,400
KWSP (11%)
RM5,280
Caruman ke organisasi yang membayar zakat bagi pihak pencarum / pendeposit (Contoh : Tabung Haji RM110 x 12 bulan)
RM1,320
Jumlah Tolakan Perbelanjaan   (RM24,000)
C. PENDAPATAN YANG LAYAT DI ZAKAT (A-B)
RM24,000
D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) RM24,000 x 2.5%
RM600
E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM600 / 12 bulan)
RM50

Selepas ini saya akan terangkan mengenai Zakat Simpanan pula. Berjumpa lagi dalam edisi akan datang. Semoga maklumat ini berguna kepada kita...


TAZKIRAH : HUKUM MENGUMPUL DUA WAKTU SOLAT



Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". 

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar".
(Riwayat Al-Hakim)

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada;

2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti; dan

3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata, "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam raɶmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

Tuesday, August 07, 2012

TAZKIRAH : KHUTBAH RASULULLAH S.A.W MENJELANG RAMADHAN


Selain memerintah shaum, dalam menyambut menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah selalu memberikan beberapa nasihat dan pesanan. Inilah pesanan Nabi tatkala memasuki Ramadhan...

Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA.

Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.

Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihilah anak-anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba- Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya. Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar.

Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Ketahuilah! Allah ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-alamin.

Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi ruang kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

(Sahabat-sahabat lain bertanya: 
“Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu
berbuat demikian.”

Rasulullah meneruskan: 
“Jagalah dirimu dari api neraka walaupun
hanya dengan sebiji kurma.

Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air. ”Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan- Nya di hari kiamat.

Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain. Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada
Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu.

Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin k.w. berkata: “Aku berdiri dan berkata: “Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?”

Jawab Nabi: “Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.

Wahai manusia! sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu’.”

“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain.”

“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan ( syahrul muwasah ) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di dalamnya.”

“Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang.”

Para sahabat berkata, “Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. 

Maka bersabdalah Rasulullah saw, “Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.”

“Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.”

“Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya.”“Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka.”

“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga.” (HR. Ibnu Huzaimah).

Penafian

Kraftangan Malaysia dan Bahagian Khidmat Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Maklumat yang terdapat di dalam blog ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi pengarang.