Tuesday, July 31, 2012

Tahukah Anda???Sifat Sombong Merugikan



Apabila kita tidak berilmu, kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar. Kita tidak boleh menjadi orang sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi orang bodoh. Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD), jika dia sombong,  ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan  dia lebih bijaksana. Hal  ini  kerana,  orang sombong dengan ilmunya  tidak akan suka ditegur dan dibetulkan. Dia  merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja.
  
 Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak.
  
 Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, orang itu merendah diri. Namun sekiranya dia  angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu.  
  
 Sumber : Nota Fikir untuk Zikir (Pahrol M Juoi)

Mini Program Promosi Kraf Aidilfitri Terengganu




Bersempena Program Promosi Kraf Aidilfitri yang akan diadakan pada 01 hingga 12 Ogos 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu juga akan mengadakan mini Program Promosi Kraf Aidilfitri bermula pada 05 hingga 14 Ogos 2012 yang akan diadakan di Galeri Jualan Kraftangan Terengganu. 

Pelbagai jenis songket tradisional dan produk kraftangan usahawan Terengganu dijual dengan harga yang menarik.

Sehubungan itu, semua pihak adalah dijemput untuk berkunjung ke galeri jualan yang disediakan.


Untuk makluman Galeri jualan dibuka pada setiap hari bekerja. Waktu urusniaga di galeri jualan adalah seperti berikut:

-Ahad hingga Rabu  = 9.00 pagi - 1.00 tengahari dan 2.00 petang - 5.00 petang.   
-Khamis                    = 9.00 pagi - 1.00 tengahari dan 2.00 petang - 3.30 petang
-Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum galeri ditutup.

Friday, July 27, 2012

JEMPUTAN KE FESTIVAL RAMADHAN-PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA(PMS) ANJURAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Sukacita dimaklumkan bahawa JKKN dengan kerjasama JAKIM,DBKL,JAWI,MAIWP,IKIM.fm dan agensi dibawah KPKK seperti RTM dan JASA akan melaksanakan Festival Ramadhan - Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) "Jom Berbuka Puasa" pada tarikh dan tempat seperti berikut :

Tarikh :
11 Ogos 2012 (Sabtu) 
Tempat : Jalan Raja, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 
Masa : 6.00 pm hingga 9.45 pm

Diantara pengisian program ini adalah majlis berbuka puasa secara santai, konsert rohani, pertandingan akhir nasyid dan marhaban, bacaan Al-Quran, ceramah perdana, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah yang akan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara.



Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penghayatan Ramadhan dalam memupuk nilai-nilai murni melalui penganjuran aktiviti serta menjadikan bulan Ramadhan sebagai satu bulan dimana kegiatan islamik dapat diapresiasikan dikalangan masyarakat khususnya generasi muda. 

Sekiranya tuan/puan berminat, anda dialu-alukan untuk hadir bagi menyemarakkan program ni.

Sekian Terima Kasih.

MY INTEGRITI BIL. 5/2012


Thursday, July 26, 2012

TAWARAN UNTUK MENYERTAI BENGKEL KESELAMATAN DAN BELA DIRI ANJURAN KPKK

Assalamualaikum...

Sukacita dimaklumkan bahawa KPKK akan menganjurkan Bengkel Keselamatan dan Bela Diri pada tarikh dan tempat seperti berikut :

Tarikh :   8 Ogos 2012
Tempat : Dewan Cendekiawan, IPPTAR

Bengkel ini fokus kepada cara bertindak dengan bijak bila berhadapan dengan keganasan dan ancaman jenayah.

Sekiranya berminat tuan/puan dikehendaki mengemukakan nama kepada pihak Unit Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Bahagian Khidmat Pengurusan, Kraftangan Malaysia selewat-lewatnya pada hari Isnin bersamaan 30 Julai 2012.

Sekian Terima Kasih.

BAYARAN BONUS SETENGAH (1/2) BULAN GAJI KEPADA PENJAWAT AWAM DAN BAYARAN KHAS RM500 KEPADA PESARA KERAJAAN


MAJLIS BACAAN SURAH YASIN & TAHLIL SERTA CERAMAH AGAMA BULAN RAMADHAN 1433H/2012M

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Makluman kepada semua warga Kraftangan Malaysia

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN & TAHLIL SERTA CERAMAH AGAMA BULAN RAMADHAN 1433H/2012M 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2.      Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kraftangan Malaysia akan mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil serta Ceramah Agama Bulan Ramadhan 1433H/2012M seperti mana berikut :

         i) Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil

           Tarikh          :   27 Julai 2012 (Jumaat)
           Masa            :   8.00 pagi hingga 9.00 pagi

 
         ii) Program Ceramah Agama Bulan Ramadhan 1433H/2012M


            Masa            :  9.00 pagi hingga 10.30 pagi

           Penceramah
           Jemputan      :   Y.Bhg. Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad, 
                                       Pegawai JAWI

           Tempat          :   Dewan Seri Utama 2 
                                         Bangunan Seri Utama
                                         Kompleks Kraf Kuala Lumpur


3.    Sehubungan itu, semua pegawai dan anggota kerja adalah dijemput hadir dan kehadiran tuan/puan dalam menjayakan majlis ini sangatlah dialu-alukan dan dihargai.

Sekian, terima kasih

Wednesday, July 25, 2012

LOGO MERDEKA KE-55


PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2012



Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kraf Aidilfitri 2012 yang akan bermula pada 01 Ogos hingga 12 Ogos 2012, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 

Sehubungan dengan ini, orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan aktiviti yang bakal dilaksanakan ini.  

Keterangan lanjut boleh hubungi 03-21627459 atau layari www.kraftangan.gov.my.

BAZAR RAMADHAN KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia julung-julung kalinya telah membuka Bazar Ramadhan yang bertempat di perkarangan Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk pengunjung yang hadir serta bertandang di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Bazar Ramadhan akan memulakan operasi seawal Jam 3.00 petang hingga 8.00 malam. Aneka juadah tersedia menanti pengunjung yang hadir , orang ramai dialu-alukan datang memeriahkan Bazar sambil membeli jaudah yang dijual di Bazar Ramadhan Kompleks Kraf Kuala Lumpur...

mai2 dtg ramai2...

Friday, July 13, 2012

Program Interaktif Kraf Perdana bersama Belia Langkawi 2012


Kompleks Kraf Langkawi akan mengadakan Program Interaktif Kraf Perdana bersama Belia Langkawi 2012 pada 14 Julai 2012 dari jam 9.00pg - 2.00ptg. Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan :


* Mencanting & Mewarna Batik* Permainan Congkak* Menghias Wau Tradisional* Anyaman Surat Khabar


Program ini akan dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Aziz bin Haji Hamid, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kompleks Kraf Langkawi dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan Langkawi, Majlis Belia Langkawi, Langkawi Development Authority (LADA), Kolej Komuniti, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Langkawi, Lafarge Cement ( Langkawi Plant ), dan dibantu oleh Polis Diraja Malaysia Daerah Langkawi, Radio Televisyen Malaysia Langkawi, Pejabat Penerangan Langkawi, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat dan Persatuan-persatuan Belia Langkawi.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 04-959 1913 / 1917 / 1844 (8.30pg-6.00ptg shj)


Sehubungan dengan ini, orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan aktiviti yang bakal dilaksanakan ini.

Tuesday, July 10, 2012

Promosi Kraf Mantai 2012


Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Promosi Kraf Mantai 2012 sempena menyambut bulan Ramadhan 1433H iaitu pada 18 Julai - 19 Julai 2012, bertempat di perkarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Diantara aktiviti yang diatur adalah seperti jualan kraf (produk rotan, buluh, batik, pewter dll), jualan masakan tradisional (lemang, bahulu, dodol, rendang dll), jualan busana muslim (pakaian, tudung, songkok dll), jualan daging lembu (sempena mantai Ramadhan) dan aktiviti interaktif kraf. Sehubungan dengan ini, orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan aktiviti yang bakal dilaksanakan ini.

Monday, July 09, 2012

Semoga Tabah Menempuh Ujian Dari ALLAH S.W.T





Pada 06 Julai 2012, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Tuan Haji Mohd Mokhtar Bin Lob Ahmad serta seorang anggota kerja Bahagian telah menziarahi seorang anggota kerja PKKM Cawangan Kedah iaitu, En. Razali Bin Ahmad yang mesra dengan pangilan 'Abah' dikalangan anggota kerja Cawangan Kedah. Beliau telah mengalami keuzuran dan telah terlantar sakit hampir dua bulan lebih. Beliau telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang yang mana memerlukan rawatan hemodialisis secara berkala.
   
Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia bersimpati dengan ujian yang menimpa beliau dan bersama-samalah kita mendoakan agar beliau cepat sembuh serta kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan dan penyakit yang dihidapi.

Tuesday, July 03, 2012

Selamat Datang Kami Ucapkan



Kami seluruh warga Bahagian Khidmat Pengurusan mengucapkan Selamat Datang kepada En.Rosli Bin Talikun dan Pn.Salmiah Binti Desa. 
Encik Rosli dari Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis manakala Puan Salmiah pula dari Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah ditukarkan ke BKP berkuatkuasa 01 Julai 2012. Semoga dengan kehadiran beliau akan memantapkan lagi  BKP. Selamat menjalankan tugas.



Sayang kumbang mencari makan, 
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan, 
Moga diiring restu Ilahi. (^_^)v

Penafian

Kraftangan Malaysia dan Bahagian Khidmat Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Maklumat yang terdapat di dalam blog ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi pengarang.