Monday, June 18, 2012

Selamat Berhijrah Pegawai dan Anggota Kerja BKP

Tanggal 15hb Jun 2012 baru-baru ini amat menyedihkan anggota kerja Bahagian Khidmat Pengurusan...ini kerana dua orang anggota kerja telah meninggalkan Bahagian dan berhijrah ke Bahagian yang lain...anggota kerja tersebut adalah Puan Ku Norasriza Binti Ku Ahmad yang berhijrah ke Bahagian Pasaran dan Promosi, Puan Mariam binti Outar @ Autar yang berhijrah ke Bahagian Usahawan ...



Sementara itu pada tanggal 1hb Julai 2012 yang akan datang terdapat dua orang pegawai dari Bahagian Khidmat Pengurusan akan bertukar Unit dan seorang pegawai akan berpindah ke cawangan manakala seorang lagi anggota kerja akan berpindah ke Bahagian...pegawai yang akan berpindah ke Cawangan adalah Ketua Penolong Pengarah Unti Pengurusan Sumber Manusia iaitu Encik Mohd Noor Effendy bin Abdul Karim yang akan berpindah ke Cawangan Perlis sebagai Pengarah Cawangan Perlis...manakala Encik Syardi bin Muhammad dari Unit Pengurusan Sumber Manusia akan berpindah ke Unit Pentadbiran dan Puan Ida Ruzila binti Ramli dari Unit Pentadbiran akan berpindah ke Unit Pengurusan Sumber Manusia...sementara itu Puan Hamizah binti Said pula akan berpindah ke Bahagian Komunikasi Korporat...




Di bawah adalah gambar sempena Majlis Perpisahan Pegawai dan Anggota Kerja Bahagian Khidmat Pengurusan...


Kalau Tidak Kerana Unggas
Tidaklah Rosak Padi Di Sawah
Kalaulah Tidak Kerana Tugas
Tidaklah Kita Akan Berpisah


Selamat maju jaya diucapkan buat semua anggota kerja yang berpindah (^_^)v

Amalan 5S


Wednesday, June 13, 2012

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN & TAHLIL SERTA DOA SELAMAT

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Salam 1Malaysia,


Tuan/Puan

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN & TAHLIL SERTA DOA SELAMAT

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kraftangan Malaysia akan mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil serta Doa Selamat seperti mana berikut :

         Tarikh      :   15 Jun 2012 (Jumaat)

         Masa       :    8.00 pagi hingga 9.00 pagi

         Tempat    :   Dewan Seri Utama 2
                                    Bangunan Seri Utama
                                    Kompleks Kraf Kuala Lumpur
                              
                            *sarapan pagi disediakan

3.    Sehubungan itu, semua pegawai dan anggota kerja adalah dijemput hadir dan kehadiran tuan/puan dalam menjayakan majlis ini sangatlah dialu-alukan dan dihargai.

Sekian, terima kasih

PROMOSI KERJA KAHWIN 2012




Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin yang akan bermula pada 20 Jun hingga 2 Julai 2012, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 

Sehubungan dengan ini, orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan aktiviti yang bakal dilaksanakan ini.  Pelbagai aktiviti diatur seperti jualan kraf, demonstrasi dan interaktif kraf, Pameran Fantasi Laman Perkahwinan, Kraf Dalam Dekorasi dan Keindahan Seni Ukiran Senjata Tradisional serta banyak lagi aktiviti menarik.

Tempat letak kereta dan pengangkutan percuma disediakan di Pusat Rekabentuk, Lembaga Getah Malaysia, Jalan Eaton, Restoran Seri Melayu dan  LRT Ampang Park.  Keterangan lanjut boleh hubungi 03-21627459 atau layari www.kraftangan.gov.my.

Tuesday, June 12, 2012

Kursus Pra Perkahwinan 2012

KURSUS PRA PERKAHWINAN 2012

JEMPUTAN MENGIKUTI KURSUS PRA PERKAHWINAN SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2012

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Salam 1Malaysia,
 
Makluman kepada semua pegawai dan anggota kerja Kraftangan Malaysia, Karyaneka dan Kraf Holding,
 
JEMPUTAN MENGIKUTI KURSUS PRA PERKAHWINAN SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2012
 
Dengan hormatya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena Promosi Kerja Kahwin 2012, pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia dengan kerjasama Pusat Keusahawanan & Pembangunan Insan (PKPI) dibawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan khusus kepada individu yang masih belum mengikuti kursus ini serta bakal pasangan yang akan mendirikan rumahtangga. Kursus ini juga merupakan pra syarat kepada bakal pengantin untuk melangkah ke alam pekahwinan. Butiran kursus adalah seperti mana berikut :
 
 
         Tarikh    :   23 hingga 24 Jun 2012 (Sabtu & Ahad)
 
         Masa     :    8.30 pagi hingga 6.30 petang
 
        Tempat   :    Dewan Seri Utama 2
                             Bangunan Seri Utama
                             Kompleks Kraf Kuala Lumpur
 
 
3.      Penyertaan adalah terbuka kepada semua anggota kerja/pasangan, anak anggota kerja, anggota kerja Karyaneka dan anggota kerja Kraf Holding yang masih belum mengikuti kursus ini. Bersama-sama ini disertakan maklumat yang menjelaskan akan maksud kandungannya serta borang permohonan kursus untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan di talian :
  • Encik Syahrul Nizam bin Haji Abdul Rahman 03-21627459 ext. 110
  • Encik Ahmad Jabir bin Noordin 03-21627459 ext. 261

Penafian

Kraftangan Malaysia dan Bahagian Khidmat Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Maklumat yang terdapat di dalam blog ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi pengarang.