Tuesday, February 21, 2012

LAWAK GELI HATI

Apa kata kita singgah dulu ke Blog BKP sambil baca cerita lawak





Monday, February 20, 2012

BENGKEL PENGUKUHAN KOMUNIKASI DAN PEMIKIRAN POSITIF

BENGKEL PENGUKUHAN KOMUNIKASI DAN PEMIKIRAN POSITIF
20 HINGGA 21 FEBRUARI 2012











SENAM SENI KRAFTANGAN MALAYSIA

Program senam seni yang diadakan pada 17 Februari 2012 - Jumaat. Bahagian Khidmat Pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota kerja yang bersama-sama memeriahkan senam seni. Selain amalan makanan yang sehat dan rehat secukupnya , senaman merupakan salah satu komponen gaya hidup sehat yang sangat penting..... Kita layan gambar ketika program ...jom...layan...

Senam anda jadi sihat dan cergas...cewah...

Alo..alo comelnya Jabir..hehehe

Mari kita menari.....

Moh Kita bersenam.... En Mokhtar....En Effendy......En Nizam...

Cayalah En Ramli pun turun bersenam....


Senam pun mampu gak senyum En Mohktar...


Semangat tau pak uda kita duk barisan depan sekali.....


Siap ada senam gaya ultraman lagi....

Menari sambil bersenam

Bersemangat semua bersenam...1.2.3.4.5.6.7.8 dan 8 lagi...
En Ramli...terbaik...bersemangat

Kita jumpa lagi di sesi akan datang ye...Badan sihat minda cergas.....

Thursday, February 16, 2012

LATIHAN SISTEM SAGA BAGI PROJEK PENAIKTARAFAN SAGA KE VERSI 8.0

Gambar sekitar kursus yang diadakan pada 13 Februari 2012 (Isnin) hingga 17 Februari 2012 (Jumaat)...Apa kata kita layan gambar gelagat anggota kerja sepanjang program ini berlangsung.....


Sapa tak faham angakat tangan....boleh tanye cikgu...

Fokus...fokus....

 Selamat berkursus...semua


Enjoy berkursus...ye...
Bagus anak-anak tak faham tanye...cikgu...




Semoga semua anggota kerja yang berkursus mendapat menafaat dari apa yang dipelajari dan dapat melaksanaka tugas yang diberikan....

Wednesday, February 15, 2012

MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZHAR MOHD. SALLEH

02 Februari 2012 (Khamis) – Majlis perpisahan sempena persaraan kakitangan Kraftangan Malaysia yang bertugas di Institut Kraf Negara (IKN) berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat 1. 

Bagi mengenang jasa dan bakti  yang telah menabur bakti oleh Encik Azhar Mohd. Salleh, Kraftangan Malaysia telah menyampaikan cenderahati kepada kakitangan tersebut. Penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En Ramli Mohd Noor, Timbalan Pengarah (Operasi) Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.






Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah menunjukkan prestasi yang baik semasa berkhidmat di Kraftangan Malaysia.

Bunga cempaka menghias jemala,
Tepian selasih mengharum kekwa,
Suka duka kau himpun segala,
Dalam bersedih engkau tertawa.

Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu.

PENGUMUMAN LATIHAN SISTEM SAGA BAGI PROJEK PENAIKTARAFAN SAGA KE VERSI 8.0

Bahagian Kewangan dan Pembangunan dengan kerjasama Unit Latihan telah mengadakan Latihan Sistem Saga Bagi Projek Penaiktarafan Saga Ke Versi 8.



Selamat berkursus kepada semua anggota kerja yang terlibat....

Wednesday, February 08, 2012

IRFAN HAZIQ & AFFIDA SAH BERGELAR SUAMI ISTERI

Selamat Pengantin baru buat Haziq dan Fida. Berikut adalah beberapa gambar majlis pernikahan dan persandingan  Irfan Haziq Bin Shaari dan Affida binti Hj. Abu Bakar  pada 03 Februari 2012. Semestinya tarikh perkahwinan tersebut merupakan tarikh yang amat bermakna bagi Irfan Haziq dan pasangannya, Affida. Dengan 1 Lafaz, akhirnya Irfan Haziq secara rasmi menjadi suami kepada Affida yang bertempat di  rumah pengantin perempuan di Batu 7, Jalan Gambang, Kuantan Pahang, tepat jam 9.00 malam.

Irfan Haziq segak bergaya mengenakan baju melayu putih telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Haji Abu Bakar Bin Lagu.

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah
Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata

Foto ketika majlis persandingan di rumah pengantin perempuan Affida Hj. Abu Bakar.

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu
Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Bahagian Khidmat Pengurusan Mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.....aminn

Thursday, February 02, 2012

BERKAT MEMBACA BISMILLAH


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Penafian

Kraftangan Malaysia dan Bahagian Khidmat Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Maklumat yang terdapat di dalam blog ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi pengarang.