Monday, January 30, 2012

AL-FATIHAH




Takziah diucapkan buat Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan,  Encik Ahzarisham bin Ahmad@Sa'i dan keluarga di atas pemergian ayah tersayang yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Januari 2012 bersamaan 5 Rabiulawal 1433H.


Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga  Encik Ahzarisham bin Ahmad@Sa'i dan seluruh keluarga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Kami Warga BKP mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

PROGRAM SENAM SENI KRAFTANGAN MALAYSIA BIL 01/2012

Program senam seni telah selesai diadakan pada 27 Januari 2012, bertempat di Laman Plaza Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Ikuti coretan sepanjang program berlangsung.

Instruktor senamrobik ...memang best lah

Moh kita bersenam....1...2..3...

Cayalah semua bersemangat .....


Dah penat ke tu zahida?...hehehe cayok-cayok...


Apa yang seronok sangat tu Amirah...hehehe

Tu bersilat ke bersenam....hehehe

Sound check...123...

Friday, January 27, 2012

KELEBIHAN HARI JUMAAT

Jadi 6 kelebihan Jumaat akan di senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang.




1. Berlakunya hari kiamat.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan? Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu. Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

DIARI DAN KALENDER 2012 KPKK

Edaran Diari dan kalender Selamat Tahun Baru 2012 dari Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan pada 26 Januari 2012.

Diari 2012

kalender  Selamat Tahun Baru 2012

Thursday, January 26, 2012

JOHAN SAMBUT KELAHIRAN BAYI SULUNG SEMALAM

Semalam 25 Januari 2012 tepat jam 9.40malam, Isteri kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia Mohd Johan Kosnan dari Bahagian Kewangan dan Pembangunan telah selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Pusrawi. Ini merupakan anak sulung buat Johan dan pasangan, yang dilahirkan seberat 3.1kg secara pembedahan.

Juhaidah Marzuki dari Unit Kewangan
melawat baby baru Johan di Hospital Pusrawi

Tahniah buat Ayah Johan dan Ibu Mas !
Kami doakan supaya anak yang dilahirkan menjadi anak yang solehah serta insan yang berguna buat negara dan bangsa.

FAKTA MENARIK TENTANG TIDUR




Tanpa makanan, manusia hanya boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tido manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam)dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).

Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.

Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.

Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.

Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.

Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.


TIPS MENGHILANGKAN MENGANTUK DI TEMPAT KERJA.


 Hampiri kawasan bercahaya
Sekiranya terlalu mengantuk boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap. Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk.

Basuh muka
Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila mengantuk kan? Tapi orang perempuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau pergi ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.

Wangian aromaterapi
Minyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.

Dengar muzik/radio
Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan  meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pula dengar muzik yang buatkan orang lain terlena pula Contohnya Kenny G ke atau Beethoven mainlah muzik yang buat semua orang selesa. Jadi, tak salahlah kalau sambil bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat kita leka sampai tak buat kerja.

Senaman ringan
Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya kita gerakkan anggota badan contohnya kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, tentu ia dapat membantu hilangkan rasa mengantuk.

PENGUMUMAN


Sehubungan itu, semua pegawai dan anggota kerja adalah dijemput hadir untuk memeriahkan program dan kehadiran tuan/puan sangatlah dialu-alukan.

Wednesday, January 25, 2012

CAHAYA MATA PERTAMA TAHUN 2012 DI UPSM


Tahniah buat Puan Harnanie Pusiran kerana selamat melahirkan bayi ketiganya. Bayi lelaki yang masih belum diberi nama itu dilahirkan secara normal seberat 3.08kg di Hospital Selayang Jam 11.20 Malam semalam 24 Januari 2012. 


Sekali tahniah diucapkan dari pihak kami. Agar kelahiran anak ketiga ini memperkukuhkan lagi hubungan antara Pn Harnanie dan suami.

FAKTA MENARIK TENTANG DUIT KERTAS BARU MALAYSIA



Seperti yang sedia maklum, Bank Negara Malaysia baru sahaja melancarkan duit syiling dan duit kertas baru Malaysia pada hari ini. Duit syiling akan mula digunakan pada awal tahun hadapan manakala duit kertas akan mula digunakan dalam bulan Julai 2012. Wang kertas terbaru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Berikut adalah beberapa gambar dan fakta menarik tentang duit kertas baru Malaysia.


Wang Kertas baru Malaysia

Spesifikasi Teknikal Duit Kertas Baru Malaysia

Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu. Mungkin berita gembira buatr kanak-kanak kerana mereka mungkin akan dapat duit raya RM20 pada tahun hadapan. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit kertas yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi.


Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi


Wang Kertas RM100
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.

Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi


Wang Kertas RM50

Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut


Wang Kertas RM20


Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Wang Kertas RM10 – Flora



Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang Kertas RM5 – Hidupan Liar



Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung  yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Wang Kertas RM1 – Sukan Tradisional



Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.


Sempena pengeluaran wang kertas baru Malaysia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit kertas peringatan yang dijual bermula pada esok hari,  22 Disember 2011 di tempat-tempat yang terpilih.

Friday, January 20, 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012

Bahagian Khidmat Pengurusan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga Malaysia yang menyambutnya. 


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tarikh hari Tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory)

Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.

Kepada semua Rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung halaman kami warga BKP mendoakan agar anda selamat sampai ke destinasi yang dituju....berhati-hati dijalan raya...

Thursday, January 19, 2012

MAJLIS PESTA DURIAN

Majlis Pesta Durian Bersama Media Asing di Kompleks Kraf . Antara yang hadir Ketua Biro The Globe and Mail di Beijing, Mark Mackinnin, media-media asing dan ketua-ketua pengarah jabatan.

Ketibaan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim,
Menteri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan  (KPKK)

Sesi makan durian...




Emm...sedap nye duarian...yum.yummmm

Wednesday, January 18, 2012

MENZIARAH PUAN NORAIN ABDULLAH DI HOSPITAL

Menziarah Puan Norain Abdullah anggota kerja Kraftangan Malaysia yang kini berada di Hospital Pusrawi. Semua Warga BKP mendoakan semoga Puan Norain kami semua mendoakan agar cepat sembuh. Semua Warga BKP merindui dan menanti kepulangan Puan Norain.



Tuesday, January 17, 2012

SAMBUTAN MAJLIS HARI LAHIR BULAN JANUARI, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Sambutan Majlis hari lahir warga Bahagian Khidmat Pengurusan bagi anggota kerja yang dilahirkan pada bulan Januari. 









Monday, January 16, 2012

MAJLIS PERSARAAN ENCIK JABARRUDIN MAT DERUS DAN MAT RAMLY YACCOB

Majlis Persaraan kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Termeloh telah diadakan pada 30 Disember 2011 di Pusat Inkubator Kraf Temerloh, bagi meraikan 2 orang kakitangan Kraftangan yang telah bersara sebagai menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh kakitangan tersebut di sepanjang berkhidmat dengan jabatan ini. Kakitangan tersebut ialah Encik Jabarrudin Mat Derus dan Encik Mat Ramly Yaccob. Cenderamata telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan iaitu Tuan Haji Mohd. Mokhtar Lop Ahmad. 
  
Terima Kasih Encik Jabarrudin Mat Derus Diatas Segala Jasa yang dicurahkan.
Terima Kasih Encik Mat Ramly Yaccob Diatas Segala Keringat yang di berikan.

Sudah menjadi sifat makhluk bahawa setiap yang bermula akan berakhir dan setiap perjalanan akan ada perhentiannya. Begitulah Perkhidmatan Awam, setiap pegawai dan kakitangan akan menemui waktu persaraan atau berpencen. Persaraan memberi ruang baru dalam suasana yang berbeza untuk meneruskan sumbangan dan perkhidmatan yang lebih luas khasnya kepada diri sendiri dan keluarga. 


Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.


Friday, January 13, 2012

MAJLIS PERSARAAN PUAN SHARINA SHAARI

Selamat bersara kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia iaitu Puan Sharina Saari yang telah menamatkan perkhidmatan pada 03 Januari 2012.


Majlis persaraan ini telah di adakan pada 29 Disember 2011.
‘’Jasamu dikenang, Budimu tak terbilang, Semangatmu dijulang, Kepimpinanmu gemilang’’

Majlis didahului dengan bacaan doa dan ucapan aluan daripada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
Tuan Haji Mohd. Mokhtar Bin Lop Ahmad.

Seterusnya Ucapan daripada En Mohd Kamil Mohd Ali iaitu Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
Bahagian Khidmat Pengurusan juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Ketua Pengarah memeriahkan Majlis.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat, itu lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk ditelan. Tapi kaki tetap mengorak jalan. Satu Majlis Persaraan yang sederhana dan ringkas tetapi disambut dengan meriah sekali telah diadakan pada 29 Disember 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 1.
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai kenang-kenangan khusus untuk Puan Sarina Saari. Sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi memori indah dalam dakapan  Puan Sarina Saari.

Kami warga kerja dari Bahagian Khidmat Pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan kebahagiaan dan Kesihatan yang baik serta menempuh kehidupan baru selepas bersara. 


Kuning Emas Masaknya Padi
       Mawar Merah Dalam Jambangan
Terima Kasih Daun Keladi
       Budi Puan Jadi Kenangan.

Akar Keladi Melihat Selasih
       Selasih Tumbuh Dihujung Taman
Kalungan Budi Junjungan Kasih
       Mesra Kenangan Sepanjang Zaman.



Penafian

Kraftangan Malaysia dan Bahagian Khidmat Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Maklumat yang terdapat di dalam blog ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi pengarang.