Thursday, December 20, 2012

KERJA-KERJA PEMASANGAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN BERSEPADU (SPKB)


Tuan / Puan

KERJA-KERJA PEMASANGAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN BERSEPADU (SPKB)

Dengan segala hormatnya, pihak kami menarik perhatian tuan / puan mengenai perkara di atas.

2.    Sebagai makluman, kerja-kerja pemasangan Sistem Pengurusan Keselamatan Bersepadu (SPKB) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang melibatkan kawasan dalam bangunan dan luar sedang dijalankan oleh pihak kontraktor dan dijangka siap pada 10 Januari 2013. Pemasangan sistem tersebut melibatkan perkara-perkara seperti berikut :

      i. Pemasangan sistem Kamera Litar Tertutup (Closed Circut Television - CCTV) dalam bangunan dan luar 


     ii. Kerja-kerja menaiktaraf sistem pintu berpalang automatik (autogate)& parkir berbayar automatik (autopay)


    iii. Kerja-kerja pemasangan menaiktaraf sistem akses pintu (access door) dalam bangunan Seri Utama

3.   Proses kerja-kerja pemasangan dan menaiktaraf sistem ini mungkin akan mengganggu perjalanan tugas harian tuan/puan. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan mengenai perkara ini amat kami hargai.


Sekian, terima kasih.

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN & TAHLIL SERTA CERAMAH AGAMA BULANAN





السلام عليكم و رحمة الله و بركاته  
  
Makluman kepada semua warga Kraftangan Malaysia

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN & TAHLIL SERTA CERAMAH AGAMA BULANAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kraftangan Malaysia akan mengadakan
Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil serta Ceramah Agama Bulanan seperti mana berikut : 

          i ) Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil 

           Tarikh           :   21 Disember 2012 (Jumaat)  

           Masa             :   8.00 pagi hingga 9.00 pagi

                                      * sarapan pagi disediakan
 

         ii) Program Ceramah Agama Bulanan

            Masa              :  9.30 pagi hingga 11.00 pagi 

           Penceramah 
           Jemputan      :  Ustaz Abdul Kadir bin Derani 

                                       "Kesempurnaan Iman dan Kepentingan Ilmu"

           Tempat          :  Dewan Seri Utama   
                                       Bangunan Seri Utama 
                                       Kompleks Kraf Kuala Lumpur

3.    Sehubungan itu, semua pegawai dan anggota kerja adalah dijemput hadir dan kehadiran
tuan/puan dalam menjayakan majlis ini sangatlah dialu-alukan dan dihargai. 

Sekian, terima kasih  

Tuesday, December 11, 2012

Jawatan Kosong Di Kraftangan Malaysia


Kraftangan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia : -
BIL.JAWATANGRED
1.JURUTERA (AWAM / MEKANIKAL)J41
2.JURUTEKNIK (AWAM / MEKANIKAL)J17
3.PEMBANTU AKAUNTANW17

CARA MEMOHON:
  1. Permohononan hendaklah dibuat menggunakan Borang UPSM/BKP/2007 yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau dimuat turun daripada laman webhttp://www.kraftangan.gov.my
  2. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan disertakan bersama-sama dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, salinan sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah dan  sijil-sijil berkaitan yang telah DISAHKAN. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan
  3. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakansalinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.
ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 DISEMBER 2012 (ISNIN) dan dialamatkan kepada:
KETUA PENGARAH
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
SEKSYEN 63,
JALAN CONLAY,
50450 KUALA LUMPUR
(u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia)
CATATAN AM
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (06) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PROMOSI KRAF MALAYSIA -PLAZA ANGSANA,JOHOR BHARU



PENGUATKUASAAN PERATURAN BERKAITAN PEMATUHAN WAKTU BEKERJA PENJAWAT AWAM


Amanah dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Ketua Setiausaha KPKK melalui surat edaran masing-masing berkaitan Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam. Semua warga kerja Kraftangan Malaysia diingatkan untuk mematuhi peraturan waktu bekerja sebagaimana jadual pelaksanaan Waktu Bekerja Berperingkat  (WBB) yang digunapakai di Kraftangan Malaysia seperti berikut:

Waktu Peringkat (WP)

Hari

Waktu Bekerja

Waktu Rehat

Waktu Bekerja

WP2


Isnin - Khamis

8.00pg –1.00ptg

1.00ptg – 2.00ptg

2.00ptg – 5.00ptg


Jumaat

8.30pg – 12.15tgh

12.15tgh – 2.45ptg

2.45ptg – 5.00ptg

WP3


Isnin - Khamis

8.30pg –1.00ptg

1.00ptg – 2.00ptg

2.00ptg – 5.30ptg


Jumaat

8.30pg – 12.15tgh

12.15tgh – 2.45ptg

2.45ptg – 5.30ptg


Selain itu, semua warga kerja adalah diwajibkan untuk keluar makan/minum pagi sebelum waktu pejabat dan tidak dibenarkan sama sekali untuk berada di kafeteria pada waktu bekerja. Bagi urusan peribadi dalam waktu pejabat, semua anggota kerja perlu mendapatkan kelulusan Pengarah masing-masing dan masa yang diambil tidak melebihi 2 jam. Tindakan pemotongan cuti akan diambil sekiranya urusan tersebut melebihi 2 jam (tindakan pemotongan gaji sekiranya cuti telah habis. Membaca surat khabar juga merupakan sebahagian daripada urusan peribadi dan seharusnya tidak menjejaskan urusan pejabat.

Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia akan sentiasa membuat pemantauan agar semua anggota kerja mematuhi peraturan ini dan akan mengenakan tindakan tatatertib terhadap mana-mana warga kerja yang didapati gagal mematuhi peraturan-peraturan berkenaan.

Thursday, December 06, 2012

PERLAKSANAAN MODUL PENGURUSAN PRESTASI HRMIS BAGI SUBMODUL SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) DAN LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) BAGI TAHUN 2012




Dato’/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya, perkara di atas dan surat dari kementerian ruj.KPKK.s.BPSM (CCPT)500-2/1(22) bertarikh 8 November 2012.

Sehubungan itu, dipohon kerjasama Dato’/Tuan/Puan untuk melengkapkan LNPT bagi tahun 2012 bagi  tujuan pergerakan gaji tahun 2013 melalui sistem HRMIS selewat lewatnya 30 November 2012. Ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan talian HRMIS yang kebiasaannya berlaku  pada penghujung tahun dan akan menjejaskan KPI Ketua Setiusaha di mana sub modul LNPT bagi tahun 2012 perlu mencapai sasaran 100% selewat lewatnya pada Januari 2012 jam 11.59 malam.

Semua Pemilik Kompetensi diwajibkan menggunakan capaian talian Eghrmis http://hrmis.eghrmis.gov.my dan talian internet http://hrmis2.eghrmis.gov.my atau http://hrmisone.eghrmis.gov.my dalam melaksanakan urusan LNPT 2012 ini. Pengecualian bagi penilian prestasi 2012 melalui HRMIS diberikan pengecualian berdasarkan kes kes sepertimana
.
Oleh yang demikian mohon perkara ini diambil perhatian  serta diletakkan sebagai tindakan keutamaan dan seterusnya memantau bagi memastikan semua anggota kerja di bawah seliaan dato’/Tuan/puan mematuhi arahan ini. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai perkara ini, sila berhubung terus dengan BKP-UPSM En. Rosli/Pn Sarah)

Sekian, terima kasih.

PERINGATAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMUDAHAN PERALATAN PEJABAT OLEH PEGAWAI DAN ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA




Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2.     Adalah dimaklumkan YH. Dato’/tuan/puan dan semua anggota kerja Kraftangan Malaysia perlu mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 – Panduan Pengurusan Pejabat. Pekeliling tersebut menyediakan garis panduan mengenai tatakelakuan penjawat awam termasuk menggunakan kemudahan pejabat hanya bagi tujuan rasmi sahaja dan adalah menjadi satu perlanggaran peraturan jika ianya disalah gunakan untuk urusan peribadi. Senarai kemudahan peralatan pejabat adalah sebagaimana berikut :

                        a) Kenderaan (contoh : kereta, motorsikal)
                        b) Peralatan Audio Visual dan Multimedia 
                            (contoh : kamera, speaker)
                        c) Peralatan ICT (contoh : computer, pencetak, pengimbas)
                        d) Peralatan Pejabat
                            (contoh : mesin faks, fotostat, binding, perincih)
                        e) Peralatan telekomunikasi (contoh : telefon)
                        f)  Peralatan sukan
                        g) Alat tulis
  
3.         Sehubungan itu, tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya didapati pegawai atau anggota kerja yang menyalahgunakan kemudahan pejabat. Perbuatan ini  adalah bertentangan dengan Peraturan 3, Bahagian II, Jadual Kedua Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 yang menyatakan seperti berikut :

            “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh –
( c ) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa –
(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri”

4.         Oleh yang demikian, YH. Dato’/tuan/puan dan semua anggota kerja dibawah seliaan YH. Dato’/tuan/puan adalah diingatkan supaya menggunakan kemudahan pejabat hanya bagi tujuan rasmi sahaja. Kerjasama dari YH. Dato’/tuan/puan dan semua anggota kerja adalah amat diharapkan dalam melaksanakan urusan pejabat dengan penuh integriti, cekap dan berkesan.
  
Sekian, terima kasih.

Hari ICT KPKK Bersama Jabatan/Agensi 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Hari ICT KPKK bersama Jabatan/Agensi 2012 akan diadakan
seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Disember 2012
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan B1, Aras Concourse, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tema: "ICT Pemangkin Ke Arah Merakyatkan Perkhidmatan Awam"

Majlis Pelancarannya akan disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri KSU. Pelbagai aktiviti
telah dirancang sempena hari tersebut. Antaranya ialah Seminar ICT, Kuiz, Pameran, Cabutan Bertuah dan lain-lain.


Sehubunga itu semua anggota kerja Kraftangan Malaysia dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

Monday, December 03, 2012

Majlis Persaraan Anggota Kerja Cawangan Terengganu - Encik Mamat Bin Musa



Pada 22 November 2012, telah diadakan majlis persaraan kakitangan Cawangan Terengganu – Encik Mamat Bin Musa. Majlis diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Pihak Pengurusan, yang diwakili pegawai dari Unit PEngurusan Sumber Manusia turut hadir pada majlis tersebut. 

Encik Mamat bin Musa yang bertugas sebagai Pengawal Keselamatan telah berkhidmat di Kraftangan Malaysia selama 27 tahun. Antara faedah persaraan yang diterima beliau adalah ganjaran pencen dan pemberian wang tunai gantian Cuti Rehat.

Untuk Encik Mamat b. Musa, diucapkan selamat maju jaya dalam apa jua lapangan yang diceburi

“Malam hari berlagu unggas,
memecah kesunyian di dalam hutan,
walaupun terpisah tempat dan tugas,
budimu tuan dalam ingatan”


Puan Ida Ruzila wakil dari Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia memberi sedikit Ucapan penghargaan atas khidmat dan bakti Encik Mamat Bin Musa kepada Kraftangan Malaysia

Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu Encik Khairul Hafizi memberi ucap selamat dan penghargaan kepada Encik Mamat Bin Musa

Encik Mamat Bin Musa memberi sedikit ucapan 

Cenderahati yang di sampaikan oleh wakil Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia Puan Ida Ruzila kepda Encik Mamat Bin Musa

Cenderahati dari Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu kepada Encik Mamat Bin Musa

Wakil dari anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu memberi cenderahati kepada Encik Mamat Bin Musa


Persidangan Sumber Manusia anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan

Pada 18 November sehingga 20 November 2012 telah berlangsungnya  Persidangan Sumber Manusia anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan. Persidangan yang diadakan di Sutera Pacific, Sutera Harbour, Kota Kinabalu Sabah telah dihadiri oleh 2 orang wakil Kraftangan Malaysia iaitu Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan – Tuan Haji Mokhtar b. Lop Ahmad dan Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Sumber Manusia – Puan Ida Ruzila bt. Ramli.

Persidangan ini adalah bertujuan untuk memupuk tadbir urus yang baik dalam pengurusan sumber manusia selain menjanjikan komitmen yang berterusan dalam menambahbaik sistem kerja.  Persidangan yang diadakan secara bersemuka di antara Pengurus Sumber Manusia Kementerian dengan Pengurus Sumber Manusia Jabatan / Agensi di bawah KPKK diharap dapat memenuhi matlamat untuk mewujudkan pengurus sumber manusia yang berinovasi. Selain dari itu, tujuh (7) kertas pembentangan turut disediakan untuk memantapkan lagi urus tadbir sumber manusia. Kertas Pembentangan adalah :

1) Kertas Kerja 1 : Cadangan Blueprint Pengurusan Sumber Manusia, KPKK
2) Kertas Kerja 2 : Kriteria Pengambilan bagi Skim di Bawah Klasifikasi Bakat dan Seni
3) Kertas Kerja 3 : Training Road Map (TRM) bagi 12 Skim Perkhidmatan di bawah Ketua Setiausaha selaku Ketua Perkhidmatan
4) Kertas Kerja 4 : Program Melahirkan Insan Cemerlang (SALAM)
5) Kertas Kerja 5 : Dasar dan Prosedur Penempatan Pegawai Di Bawah Program Penempatan Silang KPKK
6) Kertas Kerja 6 : Cadangan Penyelerasan dan Penyeragaman Tugas Pengurusan Sumber Manusia Antara Kementerian dengan Jabatan di bawah KPKK
7) Kertas Kerja 7 : Penubuhan Skuad Pemantau Pematuhan Waktu Bekerja
Persidangan dimulakan pada 18 November 2012 dengan Mesyuarat Penyelarasan Sumber Manusia Bilangan 3 Tahun 2012 dan seterusnya pembentangan Kertas Kerja Pertama dan Kedua.

Seterusnya pada hari kedua – 19 November 2012, pembentangan bagi kertas kerja ketiga sehingga kertas kerja ketujuh.

Persidangan diteruskan dengan Majlis Makan Malam Bersama YBhg Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).  Majlis makan malam mini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah agensi / jabatan di bawah KPKK. YBhg Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia turut serta dalam majlis ini (dan turut sempat menyumbangkan sebuah lagu).


Ucapan Daripada YBhg Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)

Kad Jemputan Majlis makan malam 





 
Pada hari ketiga – 20 November, majlis disempurnakan dengan Ucapan Perasmian Persidangan oleh Ketua Setiausaha dan pelancaran Sistem Aduan HRMIS e-HRMIS dan buku-buku terbitan BPSM. Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama Ketua Setiausaha.



Sesi bergambar bersama Ketua Setiausaha KPKK

JEMPUTAN KE SEMINAR MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1434H PERINGKAT JABATAN PENYIARAN MALAYSIA




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


JEMPUTAN KE SEMINAR MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1434H PERINGKAT JABATAN PENYIARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Penyiaran Malaysia dengan kerjasama Lembaga Zakat Wilayah Persekutuan akan mengadakan Seminar Membentuk Keluarga Bahagia Sempena Sambutan Maal Hijrah 1434H. Maklumat lanjut mengenai program tersebut adalah seperti berikut :


Tarikh : 5 Disember 2012 (Rabu)

Masa    : 9.30 pagi - 1.00 petang

Tempat : Auditorium P.Ramlee
               Wisma Radio, Angkasapuri

Penceramah : YBhg. Dato Siti Nor Bahyah Binti Mahamod
                        & Ustaz Wan Akashah Bin Wan Abdul Hamid


3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan dijemput untuk menghadiri program tersebut. Pihak tuan/puan dinasihatkan menghantar senarai nama peserta pada atau sebelum 3 Disember 2012 pada Unit Pengurusan Sumber Manusia untuk tujuan penyelarasan . Untuk maklumat lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia (Latihan dan Pembangunan Kerjaya).


Sekian Terima Kasih 

Thursday, November 29, 2012

Pertandingan Kuiz InfoHunt



Pusat Sumber KPKK akan menganjurkan Pertandingan Kuiz InfoHunt. Objektif pertandingan ini adalah untuk mendekatkan warga kementerian dengan perkhidmatan dan koleksi yang terdapat di Pusat Sumber KPKK. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warga Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah KPKK. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Disember 2012. Syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan boleh didapati melalui Portal Pusat Sumber
atau datang sendiri ke Kaunter Perkhidmatan Pusat Sumber KPKK di Putrajaya atau KOMSAS.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-8911 7882 (Putrajaya) atau 03-2612 7642 (KOMSAS). Semoga penyertaan tuan/puan dapat menggalakkan lagi kempen membaca di kalangan warga KPKK.

Menolak Keganasan Terhadap Wanita

  Having trouble viewing email ? view email in browser 
 






Connect with me


 
Hi Mazlan Bin Abdul Manan,
 
Menolak Keganasan Terhadap Wanita
Wanita memainkan peranan penting dalam membentuk generasi baru yang mampu menyumbang kepada negara.
 
Ahad lalu merupakan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Malaysia mempunyai rekod yang baik dalam menangani serta menjaga  hak setiap wanita. Bagaimanapun, masih banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk mencegah keganasan terhadap wanita.
 
Sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga merangkap sebagai Perdana Menteri, saya sangat mengambil berat mengenai masalah ini dan akan mengambil pelbagai langkah yang perlu agar keganasan terhadap golongan wanita ini ditolak sepenuhnya.

Usaha ini bagaimamanapun tidak mungkin boleh berjaya tanpa sebarang bantuan daripada anda semua.  Untuk itu, saya menyeru kepada anda supaya memastikan agar setiap wanita yang anda sayangi sentiasa dilindungi.
Terbitan Sebelum Ini
Sebelum ini, saya ada menulis mengenai keganasan terhadap wanita di blog saya di sini.

Perkembangan Terkini
Menghadiri Himpunan Wanita Muda Negara 2012 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad lalu
Pada 25 November lalu, saya menghadiri Himpunan Wanita Muda Negara 2012 di PWTC. Sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat saya amat mengambil berat mengenai setiap permasalahan dan keluhan mereka, sekali gus menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik untuk kaum wanita.
Rakaman Video
Menerima jersi baharu Harimau Malaya daripada Ketua Pasukan negara, Safiq Rahim ketika saya meninjau sesi latihan mereka di Wisma FAM pada 21 November lalu.]
Anda boleh menonton video tinjauan saya di Wisma FAM di sini:

Anda juga boleh menonton lain-lain video di rangkaian YouTube saya
Ikuti saya di Facebook  dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Najib Razak

Thursday, November 22, 2012

TAHNIAH KEPADA DATUK JOSEPH SALANG GANDUM, TIMBALAN MENTERI KPKK



Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato' Joseph Salang Anak Gandum yang telah dianugerahkan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) dan membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak pada 8 September 2012. Tahniah sekali lagi diucapkan.

PROMOSI KRAF MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2012


AFF Suzuki Cup 2012 ticket giveaway

Having trouble viewing email ? view email in browser 








Connect with me



#DemiHarimauMalaya, saya akan… 
 
Salam 1Malaysia!
 
Piala Suzuki AFF 2012, satu pertandingan dwitahunan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) kini menjelang! Selaku pemenang pada tahun 2010, Malaysia akan mempertahankan kejuaraannya bermula 25 November dalam peringkat kumpulan bertemu dengan Singapura, Laos dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil
 

 
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah bertemu dengan pemain negara dan memberi kata-kata semangat beliau kepada mereka. Kini giliran anda pula melakukan perkara sama!

Bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kita kepada skuad kebangsaan, anda sebagai penyokong Harimau Malaya dijemput untuk menghantar mesej pembakar semangat kepada pemain-pemain negara di Twitter. Mesej terpilih yang paling bersemangat dan kreatif akan memenangi tiket terhad untuk menyaksikan perlawanan ini. Mulakan mesej berkenaan dengan:
 
#DemiHarimauMalaya, saya akan ….”
Seorang daripada pemenang tiket bertuah setiap perlawanan juga berpeluang untuk memenangi jersi Harimau Malaya terbaharu!

Peraduan ini akan bermula pada pukul 8 malam, 21 November hingga 9 pagi, 30 November. Sebarkannya dan marilah kita sama-sama menyokong usaha pasukan kita untuk mencapai kemenangan!

Maklumat lanjut dan jadual perlawanan terdapat di sini: http://www.fam.org.my.
 

Penafian

Kraftangan Malaysia dan Bahagian Khidmat Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Maklumat yang terdapat di dalam blog ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi pengarang.