Friday, July 29, 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum...
Sempena bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, Bahagian Khidmat Pengurusan ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia.


SEIRING TERBENAM MENTARI DI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADHAN,
PESAN INI SEBAGAI GANTI JABAT TANGAN UNTUK
MOHONKAN MAAF DAN KEKHILAFAN.
MARHABAN YA RAMADHAN.


Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan sepanjang bulan Julai 2011 ialah:
1. Tarikh : 20 Julai 2011
    Majlis Persaraan  warga kerja Kraftangan Malaysia Puan Hajah Sokdah Binti Junus dan Encik Amerus          
    Bin Che Onn. 
2. Tarikh : 26 Julai 2011  
    Jamuan sempena menyambut Bulan Ramadhan 


Sempena Bulan Ramadhan ini, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan adalah seperti berikut :-
1.   Bazar Ramadhan 
      Lokasi       : Basement Seri Anjung berdekatan Laman Plaza.
2.   Majlis Tahlil dan Ceramah agama
      Lokasi       : Dewan Seri Utama 2


Semua dijemput hadir.......





Tuesday, July 12, 2011

Kata Hikmat Akal.

Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).

Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.
(ulama).

Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).

Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).

Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).

Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).

Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.  ( Hamka ).

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).

Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).

Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. ( Hamka ).

Monday, July 11, 2011

Kata Hikmat Agama

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).


Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).


Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).


Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka).


Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.
( Hamka ).


Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).


Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ).


Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).

Thursday, July 07, 2011

MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL SERTA PROGRAM PERKONGSIAN ILMU

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kraftangan Malaysia akan mengadakan
Majlis Bacaan Yasin & Tahlil serta Program Perkongsian Ilmu seperti mana berikut:


     Tarikh        :   8 Julai 2011 (Jumaat)

     i)Perkara   :   Majlis Bacaan Yasin & Tahlil

       Masa       :   8.00 pagi

                          ( sarapan pagi disediakan )


     ii)Perkara   :   Program Perkongsian Ilmu : "Profesion, Integriti Dan Impak Rezeki
                            Yang Barakah" oleh Puan Hajah Fatimah Bt. Sarian, Timbalan Pengarah
                            Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
                  
        Masa      :   9.30 pagi hingga 11.00 pagi

        Tempat   :   Dewan Seri Utama 2
                            Bangunan Seri Utama
                            Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Sehubungan itu, semua pegawai dan anggota kerja adalah dijemput hadir dan kehadiran
tuan/puan dalam menjayakan program ini sangatlah dialu-alukan dan dihargai.

Wednesday, July 06, 2011

Kata Hikmat Adil

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka).

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).

Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).

Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. ( Hamka ).

Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).

Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. ( Hamka ).

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. ( Hukama ).

Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama).

Tuesday, July 05, 2011

Kata Hikmat Adab

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
( Aristotle )

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).

Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).

Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).

Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).

Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).

Penafian

Kraftangan Malaysia dan Bahagian Khidmat Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Maklumat yang terdapat di dalam blog ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi pengarang.