Thursday, September 29, 2011

AMALAN 5S DI TEMPAT KERJA

Adakah kita tahu apakah yang dimaksudkan dengan AMALAN 5S ?


Mari kita lihat serba sedikit apa yang dikatakan dengan Amalan 5s yang selalu diperkatakan oleh semua orang...tujuan2 dan objektif yang dapat kita lihat dalam Amalan ini...adakah amalan ini amat berguna bagi kita dan persekitaran tempat kerja kita...


Di bawah ini terdapat tujuan dan objektif dalam pengurusan Amalan 5s yang dapat kita kongsi bersama...diharap panduan ini memberi manfaat kepada kita dan semua warga kerja Kraftangan Malaysia tentang bagaimana pentingnya Amalan 5s...


Renung-renungkan selamat beramal.....




Apa Itu 5S?


Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.


TUJUAN


Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.


Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.



OBJEKTIF


  1. Lantai ruang kerja/bilik pegawai sentiasa berada dalam keadaan bersih.
  2. Tanda nama dan jawatan pegawai diletakkan diruang kerja/partition pegawai/pintu bilik pegawai mengikut kesesuaian.
  3. Satu (1) tray surat (jika ada) dan dilabelkan masuk/keluar
  4. Rubber stamp yang aktif (dilabel serta disenaraikan) jika berkaitan dengan tugasan harian sahaja.
  5. Sekiranya pegawai dibekalkan dengan laci meja, penggunaan ruang laci boleh seperti berikut:
    1. Laci paling atas dikhaskan penggunaannya kepada alat-alat tulis dan disusun kemas mengikut kreativiti pegawai
    2. Laci tengah diguna bagi menempatkan dokumen-dokumen rasmi seperti diari, planner dan buku catatan
    3. Laci bawah diguna bagi menempatkan alatan/barang peribadi seperti beg tangan, dompet, telefon bimbit dan lain-lain
    4. Sekiranya bilangan laci meja yang dibekalkan tidak seragam (kurang atau lebih) maka   keutamaan penyimpanan ialah kepada peralatan kegunaan harian pejabat seperti alat tulis,  buku catatan dan dokumen rasmi
  6. Kerusi sentiasa berada dalam keadaan baik, selesa dan bersih.
  7. Blazer/selendang boleh disangkut dengan kemas di belakang kerusi (jika almari tidak disediakan).
  8. Wayar/kabel elektrik disusun kemas dengan menggunakan black tape/cabel casing conduit.
  9. Menyediakan tempat khas bertanda bagi bakul sampah.
  10. Menetapkan ruang kasut (jika perlu) bagi meletakkan tidak lebih dari tiga (3) pasang kasut.
Pegawai boleh mewujudkan satu (1) sudut mini yang ditetapkan untuk tapak hiasan.

Amalan 5S Sektor Awam yang disediakan ini memberi panduan kepada Jabatan/Agensi dalam pengurusan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan tersusun serta selamat. Melalui Amalan 5S, warga Jabatan/ Agensi secara bersama akan membina disiplin dan etika kerja yang baik bagi menghasilkan prestasi kerja yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment

Penafian

Kraftangan Malaysia dan Bahagian Khidmat Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Maklumat yang terdapat di dalam blog ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi pengarang.