Friday, November 04, 2011

SELAMAT BERSARA


Selamat bersara kepada tiga (3) anggota kerja Kraftangan Malaysia iaitu Encik Zakari @ Zakaria Bin Wasmat dari Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Encik Aziz Bin Salleh dari Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan Puan Khalijah Binti Mohd Noor dari Bahagian Rekaan yang telah pun bersara pada bulan September dan November 2011.
Kami warga kerja dari Bahagian Khidmat Pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan kebahagiaan serta kejayaan kepada rakan-rakan yang telah dan akan memulakan penghidupan atau kerjaya baru selepas bersara. Semoga kalian sentiasa diberkati dan diredhai Allah hendaknya.
Nasi Lemak buah bidara
Sayang selasih lurut-lurutkan
Sayang kami umpama saudara
Jangan kami tuan lupakan

Naik sampan setiap hari
Pergi berjuang membuat jasa
Kami menyusun sepuluh jari
Andai kata terkasar bahasa

Buah mengkudu buah bidara
Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang

Thursday, November 03, 2011

Majlis Bersama Jabatan (MBJ)

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 4 Tahun 2011 akan diadakan pada :

                                  Tarikh   : 8 November 2011 (Selasa)
                                  Masa    : 10.30 pagi
                                  Tempat : Bilik mesyuarat Utama
                                                  Tingkat 3, Bangunan Seri Utama
                                                  Kraftangan Malaysia

Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia

Berpisah Lagi

Sekali lagi seorang anggota kerja Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Pengurusan Sumber Manusia akan meninggalkan Bahagian dan bertukar Ke Bahagian Usahawan. Anggota kerja yang di maksudkan adalah Cik Farina Binti Darus yang akan bertukar ke Bahagian Usahawan....





Penyampaian Cenderahati Perpisahan Serta Sedikit Jamuan Ringan




Semoga Cik Farina dapat menberi komitmen yang tinggi di Bahagian Usahawan dan jangan di lupakan pula Bahagian Khidmat Pengurusan...Jika ada kelapangan singah-singah dan berkunjunglah ke Bahagian Khidmat Pengurusan...
Seluruh anggota kerja serta pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan mendoakan kejayaan dan keberkatan untuk Cik Farina apabila berada di Bahagian Usahawan nanti....

Salam Perpisahan

Salam perpisahan buat Cik Suhaili Binti Jamuri Dan Puan Siti Habsah Binti Romlan yang telah meninggalkan Bahagian Khidmat Pengurusan dan berpindah ke Bahagian Strategi Korporat (Cik Suhaili) serta Bahagian Komunikasi Korporat (Pn. Siti Habsah). Pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar buat warga kerja Bahagian Khidmat Pengurusan...
Cenderahati Perpisahan Untuk Cik Suhaili Binti Jamuri
Cenderahati Perpisahan Untuk Puan Siti Habsah Binti Romlan



Semoga Cik Suhaili dan Puan Siti Habsah dapat menyesuaikan diri serta memberi komitmen yang tinggi kepada Bahagian baru sepertimana komitmen yang telah di berikan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan...
Semua anggota kerja serta pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan mengucapkan selamat maju jaya kepada Cik suhaili Binti Jamuri dan Puan Siti Habsah Binti Romlan

Cahaya Mata Baru Di UPSM

Tahniah kepada seorang anggota kerja Bahagian khidmat Pengurusan, Unit Pengurusan Sumber Manusia Puan Siti Musarah Binti Abdul Majid kerana telah mendapat cahaya mata pertama...
Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini dapat memberi lebih makna pada keluarga...

nyenyak betul si kecil tido

Pn Rohani Kaling sedang bermanja2 dengan si kecil


Sesi temuramah dengan ibu Pn. Siti Musarah...


Anggota kerja yang hadir dalam lawatan ke rumah Pn. Siti Musarah

Cik Suhaili menunggu giliran untuk bermesra dengan si kecil...


Semua anggota kerja dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan mengucapkan tahniah kepada Puan Siti Musarah sekeluarga...

Semoga menjadi IBU yang baik dan solehah...Amin.....






Tuesday, October 11, 2011

Amalan 5s Di Bahagian Khidmat Pengrusan

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Bahagian Khidmat Pengurusan telah melaksanakan amalan 5S bagi setiap anggota kerja di bahagian dan unit di bawahnya. Amalan 5S ini akan digunapakai secara menyeluruh oleh setiap anggota kerja Kraftangan Malaysia. Sebagai permulaan, Amalan 5s ini akan dilaksanakan di Bahagian Khidmat Pengurusan sebelum diperluaskan ke setiap Bahagian dan Cawangan seluruh Malaysia.

Di bawah ini terdapat gambar-gambar yang telah diambil sebelum dan selepas pelaksanaan Amalan 5S :









Perhatikan hasil yang dapat kita perolehi dari Amalan 5S ini.....

Thursday, September 29, 2011

AMALAN 5S DI TEMPAT KERJA

Adakah kita tahu apakah yang dimaksudkan dengan AMALAN 5S ?


Mari kita lihat serba sedikit apa yang dikatakan dengan Amalan 5s yang selalu diperkatakan oleh semua orang...tujuan2 dan objektif yang dapat kita lihat dalam Amalan ini...adakah amalan ini amat berguna bagi kita dan persekitaran tempat kerja kita...


Di bawah ini terdapat tujuan dan objektif dalam pengurusan Amalan 5s yang dapat kita kongsi bersama...diharap panduan ini memberi manfaat kepada kita dan semua warga kerja Kraftangan Malaysia tentang bagaimana pentingnya Amalan 5s...


Renung-renungkan selamat beramal.....




Apa Itu 5S?


Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.


TUJUAN


Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.


Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.



OBJEKTIF


  1. Lantai ruang kerja/bilik pegawai sentiasa berada dalam keadaan bersih.
  2. Tanda nama dan jawatan pegawai diletakkan diruang kerja/partition pegawai/pintu bilik pegawai mengikut kesesuaian.
  3. Satu (1) tray surat (jika ada) dan dilabelkan masuk/keluar
  4. Rubber stamp yang aktif (dilabel serta disenaraikan) jika berkaitan dengan tugasan harian sahaja.
  5. Sekiranya pegawai dibekalkan dengan laci meja, penggunaan ruang laci boleh seperti berikut:
    1. Laci paling atas dikhaskan penggunaannya kepada alat-alat tulis dan disusun kemas mengikut kreativiti pegawai
    2. Laci tengah diguna bagi menempatkan dokumen-dokumen rasmi seperti diari, planner dan buku catatan
    3. Laci bawah diguna bagi menempatkan alatan/barang peribadi seperti beg tangan, dompet, telefon bimbit dan lain-lain
    4. Sekiranya bilangan laci meja yang dibekalkan tidak seragam (kurang atau lebih) maka   keutamaan penyimpanan ialah kepada peralatan kegunaan harian pejabat seperti alat tulis,  buku catatan dan dokumen rasmi
  6. Kerusi sentiasa berada dalam keadaan baik, selesa dan bersih.
  7. Blazer/selendang boleh disangkut dengan kemas di belakang kerusi (jika almari tidak disediakan).
  8. Wayar/kabel elektrik disusun kemas dengan menggunakan black tape/cabel casing conduit.
  9. Menyediakan tempat khas bertanda bagi bakul sampah.
  10. Menetapkan ruang kasut (jika perlu) bagi meletakkan tidak lebih dari tiga (3) pasang kasut.
Pegawai boleh mewujudkan satu (1) sudut mini yang ditetapkan untuk tapak hiasan.

Amalan 5S Sektor Awam yang disediakan ini memberi panduan kepada Jabatan/Agensi dalam pengurusan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan tersusun serta selamat. Melalui Amalan 5S, warga Jabatan/ Agensi secara bersama akan membina disiplin dan etika kerja yang baik bagi menghasilkan prestasi kerja yang berkualiti.

Thursday, September 08, 2011

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN & TAHLIL SERTA CERAMAH AGAMA BULANAN,

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kraftangan Malaysia akan mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil serta Ceramah Agama Bulanan seperti mana berikut:   Tarikh       :   09 September 2011 (Jumaat)

   i)Perkara  :   Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil

     Masa       :   8.00 pagi


                         * Minuman pagi disediakan
            
   ii)Perkara  :  Ceramah Agama Bulanan :
                           
"Kecelakaan Riba dan Pengurusan Kewangan Islam
"
   oleh
Y.Bhg. Prof. Madya Dr.Mohd Sabri Bin Haron (Universiti Kebangsaan Malaysia) & Y.Brs. Encik Ghazali Ismail (Bank Muamalat Malaysia)
                        
        Masa      :   9.30 pagi hingga 10.30 pagi

        Tempat  :   Dewan Seri Utama 2
                           Bangunan Seri Utama
                           Kompleks Kraf Kuala Lumpur


 
Sehubungan itu, semua pegawai dan anggota kerja adalah dijemput hadir dan kehadiran tuan/puan dalam menjayakan program ini sangatlah dialu-alukan dan dihargai. 
   

Thursday, August 18, 2011

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN & TAHLIL SERTA CERAMAH AGAMA BULANAN SEMPENA RAMADHAN 1432H

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kraftangan Malaysia akan mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil serta Ceramah Agama Bulanan Sempena Ramadhan 1432H seperti mana berikut:

Tarikh        :   19 Ogos 2011 (Jumaat)



i)Perkara    :   Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil

Masa           :   8.00 pagi

ii)Perkara   :  Ceramah Agama Bulanan :
                       "Ramadhan Membentuk Peribadi Mulia"
                       oleh Y.Bhg. Ustaz Abd. Fatah bin Yusof, JAWI
                                                                                                                

Masa         :   9.00 pagi hingga 10.30 pagi  
Tempat     :   Dewan Seri Utama 2
                      Bangunan Seri Utama
                      Kompleks Kraf Kuala Lumpur


 
Sehubungan itu, semua pegawai dan anggota kerja adalah dijemput hadir dan kehadiran tuan/puan dalam menjayakan program ini sangatlah dialu-alukan dan dihargai.

Thursday, August 11, 2011

JEMPUTAN MAJLIS BACAAN SURAH YASIN & TAHLIL SERTA PROGRAM BICARA SEMANIS KURMA "KELUARGA SYURGAWI"

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kraftangan Malaysia akan mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil serta Program Bicara Semanis Kurma "Keluarga Syurgawi" anjuran bersama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan seperti mana berikut:


 Tarikh        :   12 Ogos 2011 (Jumaat)

i)Perkara    :   Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil

  Masa        :    8.00 pagi

  Tempat    :   Dewan Seri Utama 2
                      Bangunan Seri Utama
                      Kompleks Kraf Kuala Lumpur



ii)Perkara   :   Program Bicara Semanis Kurma "Keluarga Syurgawi"
                      oleh Y.Bhg. Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood

                      & Y.Bhg. Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid

    Masa      :   10.00 pagi hingga 11.00 pagi

  Tempat    :   Amfiteater
                      Bangunan Seri Utama
                      Kompleks Kraf Kuala Lumpur



               * Kaunter Info Zakat disediakan sepanjang program berlangsung.


  Sehubungan itu, semua pegawai dan anggota kerja adalah dijemput hadir dan kehadiran tuan/puan dalam menjayakan program ini sangatlah dialu-alukan dan dihargai.

Tuesday, August 09, 2011

Kata Hikmat Anak

Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).
Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).
Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.
( Maksud hadis ).
Anak yang ditinggalkan ayah jarang yang tidak luka jiwanya sampai besar. (pepatah Melayu).
Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tupuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. ( Hamka).
Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka ).

Wednesday, August 03, 2011

Majlis Bacaan Surah Yasin & Tahlil Dan Ceramah Agama Bulanan Sempena Ramadhan 1432H

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kraftangan Malaysia akan mengadakan
Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Dan Ceramah Agama Bulanan Sempena Ramadhan 1432H seperti mana berikut:


     Tarikh        :   5 Ogos 2011 (Jumaat)

     i)Perkara   :   Majlis Bacaan Yasin & Tahlil

       Masa       :   8.00 pagi

                      
     ii)Perkara   :   Ceramah Agama Bulanan Sempena Ramadhan

                          "Marhaban Ya Ramadhan" 
                          oleh Y. Bhg. Ustazah Hajah Zawiah Binti Hassan, 
                                Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
               
        Masa      :    9.00 pagi hingga 10.30 pagi

        Tempat   :   Dewan Seri Utama 2
                          Bangunan Seri Utama
                          Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Sehubungan itu, semua pegawai dan anggota kerja adalah dijemput hadir dan kehadiran
tuan/puan dalam menjayakan program ini sangatlah dialu-alukan dan dihargai.

Program Memasak Bubur Lambuk serta Majlis Tahlil Arwah 2011


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
dan Salam 1 Malaysia,


Program memasak Bubur Lambuk serta Majlis Tahlil Arwah untuk tahun 2011 bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak telah diadakan pada 28 Julai 2011 dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia, Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia dan Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia (KSKKM) Wilayah.






Program anjuran bersama.....









Ewah bergayanye En. Ramli berposing......ala-ala model gitu....






Gotong-royong menyediakan bubur lambuk....





Orang-orang kuat disebalik Program Memasak Bubur Lambuk
Kacau jangan tak kacau.....
jangan hangit yer....





Kerjasama antara anggota kerja.....rajin semua...


Tekun kacau bubur lambuk yer bang....






Elok-elok angkat, jangan sampai tumpah yer....





setelah penat memasak...relaks la kejap kan...
sat lagi sambung balik....



Majlis Bacaan Surah Yassin dan tahlil arwah....
terima kasih atas kesudian Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Encik Ramli Bin Mohd Noor untuk hadir ke majlis ini...serta anggota kerja yang turut hadir bagi menjayakan majlis....






Pihak Kraftangan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia, Pengurusan Kraftangan Malaysia, Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia (KSKKM) Wilayah, Syarikat Pemasaran Karyaneka, Kraf Holdings serta semua warga kerja yang bersama-sama menjayakan Program Memasak Bubur Lambuk serta Majlis Tahlil Arwah yang telah diadakan pada 28 Julai 2011.

Semoga tuan / puan akan terus memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
dan Salam 1 Malaysia,


PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB)DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN BERMULA 1 OGOS HINGGGA 29 OGOS 2011


Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Pengurusan telah bersetuju supaya di sepanjang bulan Ramadhan ini, bermula dari 1 Ogos hingga 29 Ogos 2011 waktu bekerja berperingkat bagi anggota kerja adalah seperti berikut:



Waktu Peringkat 1 (WP1) : 7.30 am - 4.30 pm (Kumpulan Sokongan Sahaja)
Waktu Peringkat 2 (WP2) : 8.00 am - 5.00 pm


Semua Pentadbir pengurusan cuti di Cawangan dan Bahagian harus mencatat WP1 atau WP2  di atas setiap Kad Perakam Waktu anggota kerja.


Sekian, terima kasih.

Friday, July 29, 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum...
Sempena bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, Bahagian Khidmat Pengurusan ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia.


SEIRING TERBENAM MENTARI DI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADHAN,
PESAN INI SEBAGAI GANTI JABAT TANGAN UNTUK
MOHONKAN MAAF DAN KEKHILAFAN.
MARHABAN YA RAMADHAN.


Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan sepanjang bulan Julai 2011 ialah:
1. Tarikh : 20 Julai 2011
    Majlis Persaraan  warga kerja Kraftangan Malaysia Puan Hajah Sokdah Binti Junus dan Encik Amerus          
    Bin Che Onn. 
2. Tarikh : 26 Julai 2011  
    Jamuan sempena menyambut Bulan Ramadhan 


Sempena Bulan Ramadhan ini, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan adalah seperti berikut :-
1.   Bazar Ramadhan 
      Lokasi       : Basement Seri Anjung berdekatan Laman Plaza.
2.   Majlis Tahlil dan Ceramah agama
      Lokasi       : Dewan Seri Utama 2


Semua dijemput hadir.......





Tuesday, July 12, 2011

Kata Hikmat Akal.

Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).

Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.
(ulama).

Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).

Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).

Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).

Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).

Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.  ( Hamka ).

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).

Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).

Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. ( Hamka ).

Monday, July 11, 2011

Kata Hikmat Agama

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).


Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).


Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).


Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka).


Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.
( Hamka ).


Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).


Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ).


Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).

Thursday, July 07, 2011

MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL SERTA PROGRAM PERKONGSIAN ILMU

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kraftangan Malaysia akan mengadakan
Majlis Bacaan Yasin & Tahlil serta Program Perkongsian Ilmu seperti mana berikut:


     Tarikh        :   8 Julai 2011 (Jumaat)

     i)Perkara   :   Majlis Bacaan Yasin & Tahlil

       Masa       :   8.00 pagi

                          ( sarapan pagi disediakan )


     ii)Perkara   :   Program Perkongsian Ilmu : "Profesion, Integriti Dan Impak Rezeki
                            Yang Barakah" oleh Puan Hajah Fatimah Bt. Sarian, Timbalan Pengarah
                            Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
                  
        Masa      :   9.30 pagi hingga 11.00 pagi

        Tempat   :   Dewan Seri Utama 2
                            Bangunan Seri Utama
                            Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Sehubungan itu, semua pegawai dan anggota kerja adalah dijemput hadir dan kehadiran
tuan/puan dalam menjayakan program ini sangatlah dialu-alukan dan dihargai.

Wednesday, July 06, 2011

Kata Hikmat Adil

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka).

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).

Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).

Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. ( Hamka ).

Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).

Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. ( Hamka ).

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. ( Hukama ).

Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama).

Tuesday, July 05, 2011

Kata Hikmat Adab

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
( Aristotle )

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).

Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).

Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).

Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).

Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).

Tuesday, June 28, 2011

Mutiara Kata Untuk Hari Ini

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.


Renung-renungkan lah wahai sahabat dan saudara2ku....

Friday, June 17, 2011

Majlis Persaraan Dan Perpisahan

Hari ini dalam sejarah 16 Jun 2011 (Khamis), Sambutan Majlis Persaraan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, Encik Khamis Bin Yasim telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Berikut adalah moment-moment terindah yang sempat disnap. Jasamu tetap dikenang..........................

Terima kasih daun keladi, dah bersara jgn lupekan kami............


Menggamit rindu datang ke mari,
Teman sepermainan di tengah laman;
Kenangan bersama memahat memori,
Tautan kasih sepanjang zaman.










Ucapan dan salam perpisahan yang disampaikan oleh Encik Khamis Bin Yasim.........






Penyerahan tugas dari Pengarah Cawangan Kelantan kepada Encik Faizul Azha Bin Ibrahim....





Penyerahan disaksikan oleh Y.Bhg. Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Encik Mohd Kamil Bin Mohd Ali....









Penyampaian cenderahati dan hadiah dari pihak pengurusan
yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
Encik Mohd Kamil BIn Mohd Ali

Pakat bersama menunggang kuda,
Biarpun seketika masa cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah perencanaan-Nya.


Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Y.Bhg. Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia (Encik Mohd Kamil Bin Mohd Ali), Timbalan Ketua Pengarah Operasi (Encik Ramli Bin Mohd Noor) dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Kraftangan Malaysia (Tuan Haji Mohd Mokhtar Bin Lop Ahmad) serta semua anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan kerana telah sudi hadir dan bersama-sama meraikan majlis perpisahan ini Encik Khamis Bin Yasim.....

Monday, June 13, 2011

Tahniah Kerana Mendapat Cahaya Mata

Tahniah...Tahniah..Tahniah...

Tahniah kepada seorang anggota kerja Bahagian khidmat Pengurusan, Unit Pengurusan Sumber Manusia En. Mohd Ridzuad bin Musa kerana telah mendapat cahaya mata untuk kali kedua pada hari sabtu 11 Jun 2011 Jam 12.45 tengahari seberat 4.13kg..berat tu!!!!






 Anak lelaki pertama....





 Tembamnye....



 Nyenyak tido....














 Comelnye...






 

Semua anggota kerja dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan mengucapkan tahniah untuk En. Ridzuad sekeluarga...

Semoga menjadi bapa yang baik dan soleh...Amin.....


Tuesday, June 07, 2011

Kursus Pra Perkahwinan

Kursus Pra Perkahwinan telah pun berlangsung pada 4 - 5 Jun 2011 dengan jayanya yang dihadiri seramai 38 orang peserta kursus.




  • Peserta Kursus Pra Perkahwinan Pada 4 - 5 Jun 2011 sedang mendengar taklimat yang diberikan.


  • Penceramah dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Ustaz Mohd Ajib Bin Ismail sedang berkenalan dengan para peserta Kursus Pra Perkahwinan.



  • Gelagat peserta kursus yang senang dengan penerangan yang diberikan oleh penceramah.










  • Peserta wanita memberi perhatian dengan penerangan yang diberikan oleh penceramah.




  • Ustaz Mohd Ajib sedang menguji salah seorang peserta kursus.


  • Peserta kursus memberi perhatian sepenuhnya semasa sesi penerangan dan ceramah yang telah diberikan oleh Ustaz Mohd Ajib Bin Ismail







Tahniah diucapkan kepada para peserta kerana telah berjaya menamatkan Kursus Pra Perkahwinan pada 4 - 5 Jun 2011 dengan jayanya. Semoga ilmu yang di timba dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. untuk mengharungi kehidupan berkeluarga kelak.

Thursday, June 02, 2011

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM (MBKPPI)

Selamat datang kepada peserta Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang akan diadakan pada 4 - 5 Jun 2011 yang bertempat di Dewan Seri Utama II, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Semoga ilmu yang akan diberikan dapat digunakan sebaik mungkin bagi mempersediakan diri untuk menghadapi alam perkahwinan dalam menbentuk sebuah keluarga bahagia.....


Selamat Berkursus....

Tuesday, April 19, 2011

BENGKEL HANDS-ON HRMIS DI CAWANGAN KEDAH

Bengkel Latihan Hands-On HRMIS ini telah diadakan pada 11 April 2011 (Isnin) bermula pada jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Bengkel ini telah disertai oleh anggota kerja serta pegawai dari cawangan Kedah, Langkawi, Perlis dan Pulau Pinang. Latihan Hands-On ini melibatkan Submodul Penilaian Prestasi (SKT-LNPT).

Bengkel telah disampaikan oleh Encik Syardi Bin Mohammad dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Kraftangan Malaysia


Peserta - peserta yang telah menghadiri Bengkel Latihan Hands-On HRMIS


Penafian

Kraftangan Malaysia dan Bahagian Khidmat Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Maklumat yang terdapat di dalam blog ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi pengarang.