Sunday, December 19, 2010

Majlis Bacaan Yassin

Syukur Alhamdulillah kerana Majlis Bacaan Yassin telah berjalan dengan lancar pada 17 Disember 2010 di Bilik Mesyuarat Tingkat Satu. Majlis ini juga diserikan dengan sumbangan dari Bahagian Khidmat Pengurusan sebagai tanda kenangan kepada  pegawai dan anggota kerja yang menyambut hari jadi pada bulan Disember dan kepada kakitangan yang menyambut cahaya mata yang baru serta yang baru melangsungkan perkahwinan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini.






Friday, December 10, 2010

Selamat Pengantin Baru - Sarah & Suami








Wow... merahnya  baju pengantin di majlis persandingan rumah pengantin perempuan. Tapi.. apapun tetap cantik..




















Majlis persandingan di rumah Pengantin Lelaki yang diadakan pada 31 Oktober 2010 di Gombak.
 

Selamat Pengantin Baru dan tahniah buat Sarah (Unit Pentadbiran-Keselamatan & Kebersihan) yang telah melangsungkan majlis pernikahan pada 29 Oktober 2010 di Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda.

Semoga berbahagia dan kekal hingga akhir hayat.

Majlis Bacaan Yassin





Syukur alhamdulillah majlis bacaan Yassin oleh semua anggota kerja Ibu Pejabat telah diadakan pada  10 Disember 2010 (Jumaat) di Tingkat 3, Bangunan Seri Utama. Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati majlis ini.

Jamuan ringan juga telah disediakan selepas bacaan Yassin. Menu jamuan : Bihun Sup Soto & Kuih Pulut Seri Kaya & Teh "O". Boleh tahan pedas bihunnya... tapi tetap sedap dan mengancam.

Penafian

Kraftangan Malaysia dan Bahagian Khidmat Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Maklumat yang terdapat di dalam blog ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi pengarang.