Sunday, December 19, 2010

Majlis Bacaan Yassin

Syukur Alhamdulillah kerana Majlis Bacaan Yassin telah berjalan dengan lancar pada 17 Disember 2010 di Bilik Mesyuarat Tingkat Satu. Majlis ini juga diserikan dengan sumbangan dari Bahagian Khidmat Pengurusan sebagai tanda kenangan kepada  pegawai dan anggota kerja yang menyambut hari jadi pada bulan Disember dan kepada kakitangan yang menyambut cahaya mata yang baru serta yang baru melangsungkan perkahwinan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini.






Friday, December 10, 2010

Selamat Pengantin Baru - Sarah & Suami








Wow... merahnya  baju pengantin di majlis persandingan rumah pengantin perempuan. Tapi.. apapun tetap cantik..




















Majlis persandingan di rumah Pengantin Lelaki yang diadakan pada 31 Oktober 2010 di Gombak.
 

Selamat Pengantin Baru dan tahniah buat Sarah (Unit Pentadbiran-Keselamatan & Kebersihan) yang telah melangsungkan majlis pernikahan pada 29 Oktober 2010 di Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda.

Semoga berbahagia dan kekal hingga akhir hayat.

Majlis Bacaan Yassin





Syukur alhamdulillah majlis bacaan Yassin oleh semua anggota kerja Ibu Pejabat telah diadakan pada  10 Disember 2010 (Jumaat) di Tingkat 3, Bangunan Seri Utama. Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati majlis ini.

Jamuan ringan juga telah disediakan selepas bacaan Yassin. Menu jamuan : Bihun Sup Soto & Kuih Pulut Seri Kaya & Teh "O". Boleh tahan pedas bihunnya... tapi tetap sedap dan mengancam.

Tuesday, November 30, 2010

Selamat Pengantin Baru



Nama Pengantin : Nurul Safarina Ismail, pegawai SPS Unit Pentadbiran (Pengurusan Aset)
Tarikh persandingan : 27 November 2010
Tempat : Taman Seri Aman, Masjid Tanah Melaka.

Selamat Pengantin Baru dari kami. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.


Thursday, October 28, 2010

Program Senam Seni Kraftangan Malaysia

Program Senam Seni Kraftangan Malaysia Akan Diadakan Pada 29 November 2010 Bertempat Di Laman Plaza Kraftangan Malaysia. Semua Anggota Kerja Dijemput Bersama-Sama Menjayakan Program Senam Seni Kraftangan Malaysia. Semoga Program Mendapat Keberkatan Dari Ilahi. Bersama-Sama Hidup Dengan Gaya Yang Sihat Dengan Bersenam...

Kursus Biro Tata Negara

Seramai 92 Orang Pegawai Kumpulan P & P Dan Sokongan 1 Akan Menghadiri Kursus Biro Tata Negara
Pada 11 - 15 November 2010 Yang Bertempat Di KBN Maran, Kuala Sentul, Pahang Darul Makmur. Tahniah Kepada Pegawai Yang Telah Terpilih Dan Selamat Menghadiri Kursus Dengan Jayanya...

Monday, October 25, 2010

Penafian

Kraftangan Malaysia dan Bahagian Khidmat Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Maklumat yang terdapat di dalam blog ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi pengarang.