Tuesday, March 03, 2015

Mesyuarat MBJ Kraftangan Malaysia Bil. 01/2015

Pada 2 Mac 2015 (Isnin) telag diadakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Bil. 01 bagi tahun 2015.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Mohd Kamil bin Mohd Ali iaitu Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Seramai 11 orang wakil Pihak Pegawai dan 22 orang wakil Pihak Pekerja telah menghadiri mesyuarat ini.

Pihak Pekerja telah membentangkan 4 usul baru pada mesyuarat kali ini iaitu:

1. Penambahbaikan Kemudahan Perubatan Kakitangan
2. Memperkukuh Fungsi Teknikal
3. Pemantapan Kakitangan Melalui Kursus
4. Keselesaan Beribadah






Anggota kerja diberikan peluang mengutarakan usul untuk sepanjang tahun. Usul-usul tersebut bolehlah diemelkan kepada mbj2014@kraftangan.gov.my

Tuesday, February 25, 2014

Motivasi Kerja

‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada pula yang datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada juga yang datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, maka hasilnya adalah ‘biasa’ saja, dan sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...’


Jadi renungi lah :-
Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT
‘Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan  berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik’

Thursday, February 20, 2014

Hari Kraf Kebangsaan 2014


Orang ramai adalah dijemput untuk memeriahkan acara.
Banyak aktiviti yang akan dijalankan
Untuk Keterangan Lanjut sila layari www.kraftangan.gov.my 

Wednesday, February 05, 2014

Hijrah Cintaku

Malam itu lunak. Tanpa dikaburkan bait irama yang disangka nan indah. Diserakkan bersama rasa malu. Puncak akhlak itu kian tertinggi, antara dua keping jiwa. Berkorban rasa pinta direnyaikan. Bilakan saat terindah itukan terjaga. Teruskan terpelihara, lamanya hingga usai siap siagalah mereka. Dalam hati sang pendoa, sentiasa rasa terhibur. Pada resah yang bersinggah. Pada kelu sendu, direlungi titisan air matanya.
Tahajjud malam hari kan mendekatkan yang jauh. Yakin dan tulus. Semakin tunduk dan mendekatlah sayup doa yang sama. Meminta untuk dijauhi. Memohon agar hati tidak sesekali dicemari.
Mempercayai bisik harap. Sentiasa ia bersuara. Kerap dan sentiasa pinta dijauhkan. Sebelum waktunya. Sungguh, jiwa-jiwa yang mencintai keredhaan Tuhannya. Tidak sesekali inginkan kalimat indah. Terpacul penuh mudah. Tertulis penuh bait. Ia mahu untuk disimpan. Iakan mahu untuk dihijab. Iakan sentiasa gamang. Pada gerun takut pada zina. Bukankah terindahnya kerna menjauhi kotor dan keji? Dan sering hati dan segala anggota meneguk terus, ungkap-ungkap suci dan telus dari Tuhannya.
“Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.”  (Yusuf, 24)
seindahcintaislam demi cinta Allah
Seribu musim pun akan terus berlalu. Saat fikir tiada lagi akan sebuah penantian. Jauh dari dasar hati, mahu iakan muncul di akhirnya. Sungguh, tetapnya hati itu. Kerna tetapnya istikharah yang berdesir. Pada wajah yang tak pernah nampak, pada suara yang tak pernah tersurat.
Menjauhi corong emosi. Bergetar pada sebelahnya nafsu yang maha keji. Menyiratkan malu yang bertemu. Sujud terindah dan tertulislah kedekatan sebuah taqdir. Akan sebuah rindu terindah. Tersiksa kerna berusahanya dari sisi halal. Terperit kerana doanya tak pernah menipis. Tersedu sedan kerna memilih simpang yang sulit namun penuh tulus dengan bait keimanan haqiqi. Demi semata-mata meraih RedhaNya. Kerna rasa padaNya adalah yang utama dan pertama! Lantas, jalan itu dilalui.
Berusaha sentiasa perlu bermuhasabah. Usah sampai segalanya nampak putih dan gebu. Sedang syariat bersuara serak menafi rindu di qalbu. Memilih untuk mencintai. Umpama berkorban tanpa henti. Umpama menanti suatu yang pasti. Bukankah?
Malam akan sentiasa mendatang. Bingit menyiksa hingga kapan pun hilang bicara. Menulis rangkap bisa buat hati yang menanti. Bernafasnya DEMI dan HANYA Ilahi. Simpang kanannya bercahaya. Sulit. Pandanglah ke hadapan.
Kesulitan takkan pernah berubah pada namanya. Ia kan sentiasa bersifat sukar. Ianya berduri. Ianya perlu iman tebal di hati. Ianya perlu redha ayah dan ibu yang dicintai. Ia juga, sentiasa melukis pada sebuah kanvas hijrah. Kepada kebaikan. Kepada kesempurnaan.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang AKU, Maka (jawablah), bahwasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Baqarah, 186)

Thursday, January 30, 2014

Selamat Tahun Baru Cina 2014


Pihak pengurusan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2014 kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia yang menyambut perayaan ini khususnya dan kepada semua warga Malaysia amnya yang akan disambut pada 31 Januari 2014. Semoga sambutan tahun ini akan membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada anda semua termasuk keluarga dan seterusnya kepada negara.

Penafian

Kraftangan Malaysia dan Bahagian Khidmat Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Maklumat yang terdapat di dalam blog ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi pengarang.